Tuesday, October 13, 2009

DeBaRaN....

Assalammualaikum wrh wbt....

huk!huk!huk!

Sudah bersawang rumah maya ni..lama benar tak datang menjenguk..uhu segan nak jemput orang datang beraya...

Sementara masih 'mood' raya-beraya ni,saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan mohon maaf atas salah silap saya samada cuai,terleka mahupun tak disengajakan...(huhu dah nak abis raya, baru nak buat ucapan?!..maklumlah, sejak berbadan dua ni penyakit M dan P melanda menyebabkan rehat di rumah baik-baik saja)

ekceli saya nak beri khabar berita, saya sedang mengalami penyakit 'D'..aik tadi sebut penyakit 'M' dan "P", sekarang penyakit "D" pula? Ya,saya memang sedang mengalami penyakit "D" iaitu penyakit 'Debaran'...Simptom-simptomnya, jantung asyik berdegup laju,dahi selalu berpeluh,sentiasa sakit belakang dan mudah berasa risau..

Kenapa saya dapat penyakit ni?sebab tidak lama lagi, insya allah saya bakal melahirkan khalifah kecil ke muka bumi...dengan perkataan mudah,takut sebenarnya saya nak menghadapi situasi melahirkan anak..sebab belum ade pengalaman, ni la pengalaman baru yang belum pernah dirasai..macam2 dah mak,ibu,makcik2 dan kakak ipar beri panduan dan nasihat..tetapi penyakit "D" tu tetap ade..

saya masih dingat di awal saya disahkan hamil,uhu saya memang tak percaya..mula-mula saya guna alat ujian kehamilan,keputusannya positif..saya masih tak percaya,saya andaikan alat itu rosak...alahan muntah-muntah yang saya alami ketika itu, saya andaikan perubahan cuaca dan tempat baru kerana pada masa itu saya sedang berpindah rumah dari malaysia ke singapura..saya sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru (sebab saya masih tak percaya bahawa saya sedang hamil)..

Oleh kerana saya masih tak percaya dan suami percaya dah sudah hamil,suami mengajak saya ke hospital untuk rawatan yang lebih teliti..Bila dah pergi ke hospital, yelah saya percaya bahawa saya disahkan hamil..dan sejak itu,saya percaya Allah telah mentaqdirkan kejadian hamil ini di awal perkahwinan saya setimpal dengan kemampuan saya yang saya ada..Oleh itu saya harus bersyukur di atas pemberianNYA..Sebab perancangan saya, saya nak hamil lewat sedikit supaya dapat beri peluang saya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru,apapun perancangan Allah swt adalah terbaik untuk kita.Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYa.


Khabar berita baik ini saya simpankan untuk seketika..kata suami,kita buat surprise la, lagi pun suami saya faham saya masih terkejut dengan berita ini..Suami tersayang menyaran saya relaks dulu dan khabarkan berita pada sahabat handai serta saudara mara bila sudah 5 bulan nanti..Maaf ya pada sahabat2 yang pernah bertanya khabar,hihi kalau bagitau awal2 nanti dah tak surprise..nanti takde citer la saya nak borak bila berjumpe kan awak..baik sahabat di malaysia mahupun di singapura..

Kini sudah hampir lapan bulan..saya mohon doa2 sahabat2 sekalian agar saya dipermudahkan urusan kelahiran permata hati kami merangkap pertambahan bilangan umat islam yang baru..doakan ya..saya amat berdebar sangat dan sedang kuat melawan penyakit 'D' ni..







Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Kareem..Allahu Akram..


Assalammualaikum wrh wbt...

Alhamdulillah, kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia..Bulan yang paling dimuliakan oleh Allah swt..Moga2 kita semua berpeluang merebut pahala & barakah dari Allahu Rabbuna..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam kerinduan buat famili tersayang di Kuala Selangor,mak ayah, abang, kakak dan adik2,i miss you all, ana musyta'alaikum;..dan juga buat teman2 seperjuangan di bumi malaysia...

Saturday, May 30, 2009

2 Kalimah Ayat Mulia....

كلماتان حبيبتان الى الرحمن

خفيفتان علي اللسان

ثقيلتان في الميزان

سبحان الله وبحمده

سبحان الله العظيم


English Translation

There are two phrases which are beloved of the Most Perciful,

Light on the tongue,

Yet heavy on the scales(of reward)

"glory be to Allah and all praise to Him"

"glory be to Allah, the Mighty"


Malay Translation

Dua kalimah yang disukai oleh Allah,

Ringan disebut oleh lidah,

Berat pada timbangan Neraca Allah,

"Mahasuci Allah dengan pujianNya",

"Mahasuci Allah dengan keagunganNya"


http://aimankisah.blogspot.com

Tuesday, March 10, 2009

Konsert Amal MANIS V


Assalammualaikum wrh wbt

Jemput hadir ke "Demensi Kesenian Islam II, Konsert amal MANIS V"

Tarikh : 21 Mac 2009

Masa : 8. 00 Malam


Tempat : DECTAR UKM

Ni contoh tiket masuk..


Ni contoh banner...


Untuk tempahan tiket, sila hubungi saudara fikry : 019-367 1003

Saturday, March 07, 2009

Bermesra, Berpahala Dan Menghapus Dosa


Kemesraan hubungan antara suami isteri tentunya merupakan dambaan setiap keluarga. Kemesraan bukan hanya ada pada ketika suami isteri melakukan hubungan seks (jima’) sahaja, akan tetapi ada banyak perkara yang dapat menjadikan hubungan suami isteri mesra dan harmoni.”

Perkara ini terkadang tidak disedari, sehingga jarang dilakukan secara sedar untuk menjaga kemesraan tersebut. Padahal bila dilakukan dengan niat yang benar akan dapat menambah kemesraan, mendapat pahala dan sekaligus dapat menghapus dosa-dosa.

Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri. Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain:

a. Bergandingan Tangan

Bergandingan tangan (saling memegang tangan) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.

Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.

Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.

Mari kita renungkan sejenak:

”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”

b. Membelai

Perkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”
HR. Abu Dawud

Perkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. Mencium

Ada cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.

Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”

Beliau menjawab: Tanyakan kepada orang ini (maksudnya Ummu Salamah) .

Lalu (Ummu Salamah) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu.”
HR. Muslim

Dalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur Seranjang

Jika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.

Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith: Dari Aisyah RA, ujarnya: ”Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh.”
HR. Bukhari dan Muslim

Sebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh.”
HR. Bukhari

e. Mandi Bersama

Mandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri. Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata: ‘Sisakan untukku, sisakan untukku‘. Ketika itu kami sedang junub.”
HR. Bukhari dan Muslim

Di samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup (kekurangan) akhlaknya.”
HR. Baihaqi

Itulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni.


Friday, February 27, 2009

Majlis Nikah & Walimah Haishah - Hairil & Aishah


Assalammua'alaikum wrh wbt..

Merisik sudah bertunang pun sudah,
Nikah dilafaz tiba masanya,
Termeterai sudah janji kasih bermadah,
Maka dijemput pembaca-pembaca blog yang dihormati ke fizyani's site untuk paparan gambar detik2 majlis akad nikah Siti Aishah Mohd Fuad dan Hairil Abu Bakar pada 27 februari 2009 dan majlis walimah urs pada 28 februari 2009




Tuesday, February 10, 2009

Jum bersenam...v(^_^)

Assalammu'alaikum wrh wbt..

Bagi sesiapa yang mengantuk, ekspeseli di waktu musim2 cejuk atau yang salu stress..sila cuba lihat senaman ringkas ni.. :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali
buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~^_^

Tuesday, January 20, 2009

PR Kampus 2008/09


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kampus (PRK) yang berlangsung semalam di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.PRK yang diadakan bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 di dua universiti berkenaan berlangsung tanpa sebarang masalah walaupun sebelum ini berlaku sedikit kekecohan pada hari penamaan calon.Menurut jurucakap Unit Perhubungan Media UM, walaupun pada hari penamaan calon berlaku sedikit kekecohan, namun pada hari membuang undi segalanya berjalan lancar.“Tiada sebarang kejadian atau kekecohan berlaku serta proses membuang undi yang diadakan di kolej kediaman dan Dewan Tunku Canselor berjalan lancar,” katanya.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan bagi PRK kali ini dengan sembilan daripadanya adalah kerusi umum.

Sementara itu, di UPM proses membuang undi berjalan seperti yang dijadualkan walaupun pada Khamis lalu wakil pelajar dari pergerakan Pro-Mahasiswa mendesak pentadbiran menangguh hari membuang undi.Ini berikutan mereka mendakwa tempoh yang diberikan untuk menjalankan kempen terlalu singkat dan pelajar dari jurusan Perubatan tidak berpeluang bertanding kerana masih bercuti.
Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sepatutnya menjalankan proses membuang undi semalam terpaksa menangguhkannya pada Khamis ini berikutan pelajar diberikan cuti mengejut Jumaat lalu kerana masalah bekalan air.Berikutan itu, proses penamaan calon diadakan semalam dan pelajar menjalankan tanggungjawab memilih ahli MPP Khamis ini.
Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan di UIAM membabitkan lima kerusi umum dari 24 fakulti dengan proses penamaan calon bermula jam 8.30 pagi.
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PRK yang dijalankan pada 15 Januari lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada barisan pro-Aspirasi yang membolot sekurang-kurangnya 20 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abd Razak, ketika mengumumkan keputusan pilihan raya itu, berkata barisan Pro-Mahasiswa memiliki 13 kerusi dengan tiga daripadanya menang tanpa bertanding.Mengulas mengenai PRK yang dijalankan, beliau menegaskan tiada sebarang kontroversi berlaku dan proses membuang undi di UKM berjalan lancar.“Terdapat sedikit insiden kecil, namun ia tidak mengakibatkan ketidakstabilan,” katanya.Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata semua IPTA diberi kebebasan menentukan tarikh pilihan raya kampus masing-masing bagi memilih ahli MPP sesi 2008/2009 berikutan kekangan termasuk pelajar berdepan minggu peperiksaan dan apungan (ulang kaji) yang menyebabkan pemilihan itu tidak dapat dijalankan serentak.
Sebanyak 10 IPTA mengadakan pemilihan MPP sesi 2008/2009 pada Oktober hingga Disember tahun lalu, iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Darul Iman Malaysia serta Universiti Malaysia Kelantan.
aisyahumaira : huhu semester ni tak berpeluang nak undi pilihan raya kampus T_T..

Saturday, January 17, 2009

Bermula Kuliah baru....

Kuliah Lughah A'rab

"Salam.Kelas Bahasa Arab Tahap 2 akan bermula pada 17 Jan 09, dari 11 - 12.30 tengahari.Bertempat di Masjid Hasanah,BBBangi. Diharap dapat menghadirinya."

"Salam.Kelas Bahasa Arab Tahap 2 akan bermula pada 17 Jan 09, dari 11 - 12.30 tengahari.Bertempat di Masjid Hasanah,BBBangi. Sekian dimaklumkan(Ust. Nadzmi)."

"Salam.Disebabkan ana kurang sihat,demam+suara serak.tidak dapat menghadirkan diri untuk mengajar.Ust. Ibrahim dari Mesir akan menggantikan ana.Sekian dimaklumkan"

Ini antara pesanan mesej ringkasan @ SMS yang ana terima sebelum kuliah bermula.Alhamdulillah,sebelum ini ana telah meninjau tempat belajar lughah arab sebanyak yang mungkin..Di KUIS, IIUM dan sebagainya.Mungkin rezeki ana belajar lughah di Bandar Baru Bangi untuk sementara ni. Dan ana amat menghargainya.

Ekceli,ana dah terlambat masuk kuliah,nak cari masjid Hasanah punya lah payah..ana terlupa Seksyen 9 di mana..yang ana ingat masjid ni dekat dengan WARTA..puas pusing2 cari WARTA, al-maklumlah lama tak pergi WARTA.

Bila dah sampai masjid,ana tengok sunyi sepi seram ja masjid ni..tanpa membuang masa, ana buka langkah sederas semut berlari cari tempat kuliah..Tapi sebenarnya, ana tak jumpa di mana.. :D.. Jadi,ana memulakan operasi soal selidik ..malu bertanya lagi sesat jalan kan?

seorang 'ammou sedang berbual dengan rakan2nya.

ana : Assalammu'alaikum pakcik,tumpang bertanya.Di mana kuliah bahasa 'arab Tahap 2?

'ammou : Wa'alaikumussalam.Di sini. ( jarinya menunjuk pintu berdekatan sebelahnya).

ana : Terima kasih.

Dengan lafaz Bismillah, ana pulas tombol pintu dan mengucap, "Assalammu'alaikum"

"Wa'alaikummussalam" Jawab semua yang ada dalam kuliah lughah.Masya Allah, ramainya orang..ana tersenyum malu kerna tahu diri ini telah terlambat datang.huhu,lebih baik lambat dari tidak pergi langsung... :D

Seperkara lagi, ostat yang mengajar ni ostat dari Mesir.Memang happening dan riuh kuliah ni..

Manakan tidaknya,kami tak berapa afham apa yang ostat ni nak terangkan..ostat Ibrahim @ ostat Mesir ni pula tak berapa pandai cakap lughah melayu, susah juga dia nak terangkan panjang lebar..SO, ostat mesir ni ajar kami lughah 'arab, lepastu kami pulak ajar lughah melayu kat ostat ni..bila masing - masing tak afham juga, bahasa isyarat la jalan opsyen terakhir nak bagi betul2 afham kan lughah 'arab ni..penghabisannya, kami dalam kuliah ni banyak terketawa dek muka ostat yang tengah stress cari idea baru nak menjadikan pengajarannya menjadi lebih efektif agaknya...moga2 kuliah ni terus meriah sampai akhir kuliah...

Pelajaran Baru...

Hari ini 2 orang anak saudara ana yang berpipi donat nak belajar memotong bawang..

kisahnya bermula, ana ke dapur nak siapkan bahan2 memasak.tetiba, terlintas seorang budak kecil berumur setahun setengah menarik kerusi sebelah ana..Dengan segala kudrat si kecil ni, dia cuba memanjat kerusi untuk berdiri sama tinggi dengan ana..kecik2 dah pandai ukur sama tinggi eh... :D dia lihat ana tengah potong bawang merah..ana buat tak tahu ja,ana nak lihat respon dia,iman namanya.Iman mula makin dekat dengan ana.mata makin membulat untuk memastikan apa yang ana sedang buat.Dari analisis ana, dia sedang tengok macam mana bawang yang bulat ni dipotong jadi nipis dan berkeping2..ana diam lagi supaya dia kusyuk dengan 'penyembelihan' bawang merah ni..

pastu, dek lama sangat keluarlah sora comelnya, :

Iman : ngah, ni.... (jarinya tunjuk ke arah bawang)

Ana : Ni bawang.baaa waang, bawang..

Iman : wang, wang... ( memang masih pelat lagi, adeih) -matanya pandang tepat untuk mencri kepastian dari ana..ana mengangguk dan senyum.

kemudian bila sudah siap bahan, Iman mula mengusik bawang yang ana telah siap potong.Ana beri dia pisau jem supaya Iman tak ambil pisau yang ana guna.Apa lagi, Iman dengan pantas mempraktikkan apa yang telah dia lihat tadi, dan cuba potong seperti yang ana buat..macam2 la jenis gaya potongan..ish3

Tak lama kemudian, datang kakak nak menyibuk juga..kakak pun nak cuba2 potong bawang...ana cari la pisau jem dan biarkan depa dua orang ni jadi chef potong bawang yang berjaya sementara ana siapkan hidangan tengahari..bila ana nak masak, bawang yang ana potong telah berjaya dipelbagaikan rupa bentuknya oleh 2orang anak saudara yang berpipi donat ni..adieh. apapun,terima kasih2 banyak2 tolong cik2 kecik..^_^

Belajar itu suatu proses pembelajaran kehidupan realiti..

Belajar itu suatu proses memahami kejadian maknawi hidup ni..

Belajar itu suatu proses penerimaan pengetahuan..

Belajar itu suatu proses mengenali potensi diri..

Belajar itu akhirnya kita semakin kembali pada Allahu Rabbuna..

Kerna akhirnya kita akui ilmu-Nya lebih luas dari apa yang kita ketahui...

Maka, bersyukurlah atas nikmatNya!^_^

Wednesday, January 14, 2009

Hijrah Kali ini...

Assalammua'laikum wrh wbt..

Hijrah Kali Ini

1430 Hijriyyah bukan Hijrah sebarangan.

Kali ini, saya dan keluarga berhijrah besar-besaran dalam hampir keseluruhan aspek kehidupan.

Muharram 1430 ini, Muhammad Saiful Islam menjejakkan kaki ke hari pertama persekolahannya di Darjah 1. Terasa baru lagi saya memotong tali pusatnya daripada Ummu Saif di subuh hening 6 Julai 2002 di Belfast. Hari ini Muhammad Saiful Islam sudah darjah 1.

Saya pula yang jadi terlebih semangat.

Bersama sakit-sakit badan mengemas rumah dan berkejar ke sana-sini menguruskan Isnin pertama Januari 2009, saya berjaga malam menjahit seluar sekolah Saif yang labuh. Beg dan kasut disiapkan sebaik mungkin. Selepas rebah keletihan, Ummu Saif pula bangun malam menampalkan lencana sekolah Saif dan menyiapkan lagi benda-benda ‘kecil’ yang saya terlepas pandang.

060120091053

Gosok baju

Awal-awal pagi lagi saya sudah kejutkan Saif.

Bersemangat dia bangun pagi.

Selepas solat Subuh, kami segera keluar meninggalkan rumah. Kami gagal memastikan perpindahan rumah disempurnakan sebelum buka sekolah. Maka pagi ini, kami sekeluarga bergegas menghantar Naurah dan Imad ke Nursery, kemudian memandu jauh membelah lautan kereta dari Cheras ke Ampang untuk memastikan Saif tidak lewat ke sekolah pada hari pertamanya.

Naurah sudah memuncung.

Sangkanya dia juga akan ke ’sekolah baru’. Namun disebabkan oleh diri kami yang masih tersangkut di Cheras, Naurah dan Imad terpaksa ditinggalkan di nursery mereka, seperti biasa.

Alhamdulillah, ijtihad saya untuk menggunakan laluan Pandan Indah dan tidak Jalan Ampang, banyak memudahkan perjalanan kami. Saif tiba tepat pada masanya.

Sebak hati saya melepaskan Saif ke perhimpunan pagi. Seronok melihat ustaz dan ustazah sekolah yang begitu ceria lagi bersemangat menyambut murid-murid baru di sekolah. Tahniah juga kepada pihak sekolah kerana tahun 2009, mereka menerima jumlah pelajar teramai di dalam sejarah sekolah. Murid darjah 1 mencecah lebih 100 orang dan Saif ceria menjadi salah seorang daripada mereka.



050120091039

Muhammad Saiful Islam bergaya dengan uniform sekolah dan beg barunya. Jam 6:20 pagi

yop-87697

Naurah dan Imad tak sempat mandi. Semua kelam kabut mengejar masa

050120091043

Perhimpunan Pagi pertama di Dataran sekolah

Selesai pengagihan kelas dan Saif masuk ke 1 Omar, saya dan Ummu Saif bergegas balik ke rumah di Cheras untuk mengejar Subalipack yang sudah pun tiba di kondominium kami.

Saya rasa gementar juga apabila wajah pekerja-pekerja Subalipack yang semacam terkejut dan tercekik menelan air liur tatkala melihat barangan di rumah kami yang Masya Allah… terutamanya buku! Mereka mencadangkan agar satu hari diperuntukkan untuk mengemas barang dan kami berpindah pada hari Selasa. Namun saya tidak dapat menunaikan permintaan tersebut kerana tuan rumah sudah mendesak kami untuk segera keluar memandangkan ada potential tenant yang sudah berbaris.

050120091046

Kitab-kitab dilabel sebagai QURAN untuk dijaga kehormatannya

050120091045

Sebahagian kecil daripada barang-barang yang dibungkus. 8 jam diperlukan untuk pembungkusan berkenaan

Saya kasihan melihat Ummu Saif yang keletihan.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pekerja Subalipack yang sangat cekap mengemas rumah kami.

Setelah tujuh tahun kami menyewa, akhirnya saya sekeluarga berpindah ke rumah kami sendiri. Rumah yang sangat benar pada mengungkapkan maksud “memaksa diri untuk berubah”. Usia semakin meningkat, hartanah terus naik melonjak-lonjak. Biar pun gerun dan berdebar dengan ‘komitmen’ besar ini, kami paksa diri ini untuk mencapai upaya dan Alhamdulillah Muharram 1430 bersamaan Januari 2009, kami berhijrah masuk ke rumah sendiri.

Jam 2:45 petang kami bergegas berkejar ke sekolah semula di Ampang untuk mengambil Muhammad Saiful Islam. Mujurlah jalan raya tidak sesak. Bagus juga kerana sekolah yang kami pilih ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dan agama, maka jadual persekolahan tamat lewat sedikit iaitu pada jam 3 petang.

“Apa Abi lambat…. penat Yop tunggu tau!” kata Saiful Islam dengan muka yang monyok di kaki lima sekolah.

Sebaik sahaja masuk ke kereta, Yop sibuk bercerita tentang pengalaman hari pertamanya di sekolah. Ada kawan yang berak dalam seluar, jumpa kawan baru, belajar membeli makanan di kantin sekolah dan solat zohor berjemaah sebelum bersurai.

Apa yang pasti, tiada sekelumit pun rasa gementar atau takut di hati anak sulung kami ini. Untuk itu, saya pulangkan segala puji-pujian kepada Allah jua. Sedar-sedar, Saiful Islam sudah pun tertidur keletihan di dalam kereta.

050120091048

Keletihan! Tetapi tali pinggang belakang jangan lupa pakai

Tepat jam 6 petang, proses mengemas barang dan memindahkan semuanya ke lori selesai. Dua buah lori 3 tan digunakan oleh Subalipack untuk mengangkut barang-barang kami.

Naurah dan Imad juga diambil dari nursery mereka. Kami melambaikan tangan ke Prisma Cheras Condominium yang penuh dengan 1001 kenangan, berhijrah ke Baiti Jannati (ameen) kami di Ampang.

Dalam suasana senja, proses memunggah barang dari lori ke rumah dilakukan. Beberapa orang jiran yang juga baru berpindah, datang bertandang dan bertukar-tukar salam. Gembira hati kami sekeluarga mendapat sekurang-kurangnya beberapa orang jiran yang ramah dan mesra. Lucu juga, apabila ada jiran yang cuba mencantumkan nama saya, nama anak-anak dan nama isteri dan akhirnya, “ooo, ni Ustaz Hasrizal yang tulis buku Aku Terima Nikahnya tu ya!”

Aduh… merah padam muka saya.

Sudahlah pekerja Subalipack pun ada yang membacanya.

Jiran pun sama juga!

Saiful Islam, Naurah dan Imaduddin berlari-lari di sepanjang jalan di hadapan rumah kami yang masih lengang. Seronok juga mereka kerana mendapat kawan baru di hadapan rumah.

Sejurus sebelum Isyak, pasukan Subalipack selesai memunggah kedua-dua buah lori dan memasang kembali katil dan almari kami. Sesungguhnya menggeletar tangan saya membayar bilnya yang mencecah lebih RM3000! Akan tetapi, memandangkan buku dan barang kami yang menyebabkan jiran tetangga menggelengkan kepala, ditambah pula dengan Ummu Saif yang sedang mengandung anak keempat kami pada trimester pertama, saya yakin ini adalah keputusan terbaik kami.

Saya berikan 5 bintang kepada keseluruhan soalan kaji selidik Subalipack kerana berjaya memberikan perkhidmatan yang sungguh baik lagi bermakna.

Agak sedih kerana ada juga bahagian rumah yang bocor. Rahsia umum yang diketahui semua, PKNS amat cincai dalam membina rumah di dalam projek mereka. Malah saya yakin, adalah lebih baik saya usahakan sendiri mencari pihak untuk membaiki kebocoran yang berlaku, kerana jaminan perkhidmatan selepas jualan, sedia diketahui akan masalah-masalahnya. Beberapa kerosakan pada bumbung hadapan sudah dilaporkan.

Mempertahankan status bumiputera PKNS rupa-rupanya sangat memberikan kesan kepada nilai kompetensi. Penyakit zon selesa!

050120091051

Penat…. belum pernah penat sepenat ini

Namun, setelah selesai saya dan Ummu Saif menggosok baju anak-anak dan berjaya menemui teko untuk membancuh hot chocolate, jam 1 pagi saya ucapkan tahniah dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran kepada Ummu Saif, atas satu lagi hijrah kami dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina.

Tahun 1430 / 2009 ini adalah tahun melipatgandakan kerja atas pertambahan tanggungjawab dan komitmen. Syukurlah kerana kerja menjadi salah satu cabang perjuangan. Mudah-mudahan bertambahnya kerja, bertambah jua maksud ERTI HIDUP PADA MEMBERI…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang Selangor

p/s: foto-foto belum dapat disertakan memandangkan connection Celcom Broadband menggunakan telefon bimbit saya agak lemah






"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur