Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Kareem..Allahu Akram..


Assalammualaikum wrh wbt...

Alhamdulillah, kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia..Bulan yang paling dimuliakan oleh Allah swt..Moga2 kita semua berpeluang merebut pahala & barakah dari Allahu Rabbuna..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam kerinduan buat famili tersayang di Kuala Selangor,mak ayah, abang, kakak dan adik2,i miss you all, ana musyta'alaikum;..dan juga buat teman2 seperjuangan di bumi malaysia...

2 Respon Anda?:

Ikmal said...

salam..

nak tegur sikit..

testi yg last tu pasal awal ramadhan, pertengahan magfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka..

hadith ni dhaif/mungkar..

---------------------------------

Matan Hadis:

Wahai manusia, sungguh bulan yang agung telah datang (menaungi) kalian, bulan yang di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa (pada bulan itu) sebagai satu kewajiban dan menjadikan shalat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada bulan tersebut dengan (mengharapkan) suatu kebaikan, maka sama (nilainya) dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan yang lain .... Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya adalah merupakan pembebasan dari api neraka ...."

------------------

hadis ini adalah sebahagian dari hadis yg panjang,iaitu hadis yg menceritakan bahawa pada akhir bulan Syaban dan bulan Ramadhan akan menjelang, Baginda memberi khutbah dan antara isi khutbah itu adalah tntg fadhilat Ramadhan, antaranya lafaz yg famous yg merupakan point khutbah itu ialah lafaz:
"...وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار - dan dia (bulan Ramadhan) itu bulan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah(pengampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api Neraka..."

Takhrij:

Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (hadis no. 1780), al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman (hadis no. 3455)

Status:

Hadis ini TIDAK SAHIH. Ia dinilai Dhaif oleh para Jamaah A’immah Huffaz Hadis Salaf (Mutaqaddimun) sejak kurun 1-3 Hijrah lagi!, antaranya ia dinilai Dhaif oleh:


1- Imam Ibn Khuzaimah:
Imam Ibn Khuzaimah sendiri telah men-Dhaif-kan hadis ini dalam Kitab Sahihnya (hadis no. 1780) , kata Imam Ibn Khuzaimah: “In Sahhal Khabar (jika benarlah khabar ini sahih / Jika benar khabarnya)”, dan sesungguhnya bentuk lafaz “In Sahhal Khabar” adalah salah satu bentuk pen-dha’ifan oleh Imam Ibn Khuzaimah. Ini adalah Manhaj/method yg digunakan oleh Imam al-Huffaz Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya, iaitu apabila beliau menyebut "In Sahhal Khabar" dlm Kitab Sahih Ibn Khuzaimah ia menunjukkan bahawa hadis itu Dhaif disinya

2- Imam Abu Hatim:
Hadis ini juga dinilai Tidak Sahih oleh al-Imam Huffaz Nuqqad Hadis Abu Hatim dalam ‘Ilal Ibn Abi Hatim (hadis no. 733), kata Imam Abu Hatim: “haza hadis Munkar (hadis ini Mungkar)”.

aisyahumaira said...

wa'alaikumussalam...

ooooh baru perasan ade msg ni... tima kasih ye atas maklumat baru...tu la,otang i luv islam pon kena kasi tau gak ni.......