Sunday, July 25, 2010

Penggunaan "masya allah"

Assalammualaikum sahabat-sahabatku,

Sambil-sambil saya membaca emel yang lepas-lepas, saya terjumpa satu topik menarik ini. Rasanya elok saya kongsikan topik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu?

Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.

Namun pernahkan anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya?

Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar-gambar yang kurang baik, melihat perkara-perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya.

Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

Mengikut buku “What Do Say” oleh Kathyn Abdullah, kalimah “MasyaaAllah” sesuai digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau kurang baik seperti yang dinyatakan di atas adalah salah dan tidak sesuai.

Sebaliknya lafaz yang sesuai pada ketika itu ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali).

Sekian.

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Wallahualam!


credit/syukran to : http://www.zakiyusof.com

1 Respon Anda?:

Ikmal said...

Sunnah ketika mendapati apa-apa musibah adalah dengan menyebut innalillahi wa inna ilahi raji'un bukan hanya pada waktu kematian sahaja.

Adat ini yang wajib kita buang daripada adat masyarakat melayu yang salah faham terhadap kalimah ini.