Assalammu'alaikum wrh wbt.
Ramai juga yang ternanti – nanti
Ape dia erk?
Sabaq2 cik jinijau, cik maria, cik kemal, cik sutera & cik bingkisanurani… ^_^.. bawa bertenang ya….
Sebelum tu, ana ingin buat ucapan pada bb a.k.a sutera yang jauh di terengganu
“bb, jangan jelez ye dengan jalan – jalan cari makang kitorang kat sini…tempat special tau =D”
“Ira, banyaknya misi dan visi dia…’afwan tak sempat ajak ira..on da spot ni..”
Al – kisah…..
Dalam sebuah istana permai yang terletak di presint Taman Kajang Utama…tinggal 5 orang puteri yang cantik lagi comel…mereka berlima gemar mengembara ke seluruh pelusuk planet bumi..cheewah!
thoyyib, ni la kisah yang sebenarnya…
22 November 2008 (Sabtu)
Hari itu, ana dan rumet ana, akmal masih lagi trauma dengan tesis yang makin hari makin tak siap – siap juga…Disebabkan kami masih juga tak dapat siapkan tesis, ana, akmal dan ainur keluar dari istana tumpangan, milik tunku rosma ( rumah teres 2 tingkat, tapi best juga rumah ni sebab ade astro..rumah bujang lain susah nak jumpa astro..).. Petang itu juga, kami keluar untuk membeli barang2 harian….
Dalam perjalanan…
Akmal : Akak, ape kata kita pergi tempat yang boleh bermandi – manda…tensionlah! serabut dalam kepala ni…
Ana : Owh, okay jugak tu…lama tak pergi tempat air terjun.
Ainur : Saya ok ja. Bagus jugak idea tu.. ( Ainur, mesti suke bab2 gi mandi2 ni)
Kami bertiga bercadang pergi esok, hari ahad sebab hari ahad tu kak rosma kita bercuti…Tinggal Nasuha ( adik sepupu kak rosma) ja yang keberatan nak ikut serta dalam kembara kami..Jadi, kami pun mula merancang untuk membuat operasi memujuk Nasuha supaya tergerak hati nak juga join dengan kitorang… Lagipun, ana dan akmal dah tak lama lagi akan keluar dari penginapan istana yang sudah bagaikan sebati dengan kami, jadi amat berharap sangat la Nasuha dapat meluang masa dengan kami semua..Apatah lagi, Nasuha selalu sibuk dengan kerjayanya siang malam. So kami
Alhamdulillah, Kak Rosma & Nasuha sudi – menyudikan diri mereka untuk turutserta dalam program mandi – manda ni..
Ana sempat warning pada akmal, kalau tesis tak siap tak boleh ikut… XD..tetapi kesian pula melihat dia tersengguk – sengguk menyiapkan laporan tesis pada lewat malam tu..Ana pun kata gurau ja. Tak sampai hati nak menyusahkan dia. Ana tahu menyiapkan laporan tesis bukan sesuatu yang mudah dan ana telah melaluinya sedikit awal darinya. Sekurang – kurangnya dia telah banyak curahkan usahanya nak siapkan tesis awal seperti ana. Chayok2 akmal! p(^_^)q
Tatkala, Akmal sedang siapkan tesis, lain pula cerita Si Ainur.. Dia sibuk tengok Astro sambil SMS teman2nya bertanyakan jalan ke Sungai Tekala. Katanya, ada banyak jalan boleh guna ke
Kak Rosma & Nasuha sudah lama lena dibuai mimpi – mimpi indah… Insya allah, lena dalam jagaanNya…
23 November 2008 ( Ahad )
Pagi – pagi, kami, Akmal, Ainur , Kak Rosma, Nasuha dan ana, menyiapkan sarapan pagi untuk bekalan ke Sungai Tekala.. Ade Nasi Goreng, Roti Telur, Sardin (pedas sardine ni, siapa yang masak ni agaknye ^_^’’).. Alhamdulillah, semuanya sedap & lazat…
Sebenarnya pagi – pagi ni, kami agak kelam kabut bersiap..Dalam jam 11 pagi kami bertolak….wah, hati kami semua berbunga – bunga riang menanti lambaian dari air terjun Sungai Tekala…
Kali ni, Ainur ambil giliran memandu, asbab ana tidak tahu sangat jalan ke Sungai Tekala….
Kami memulakan perjalanan dengan dua’ naik kenderaan dan menuju ke Cheras.. Ainur dan Akmal duduk di bahagian hadapan manakala ana, Kak Rosma dan Nasuha duduk di bahagian belakang. Yang lucunya, boleh pula Ainur & Akmal terlupa purse mereka dalam bonet belakang kereta.. Kami bertiga yang duduk belakang ada purse di tangan masing2... Nasib baik, baru saja mula bertolak.. So, kami singgah di Petronas untuk mengisi minyak kereta dan bolehlah Ainur & Akmal ambil purse masing – masing.. Aiya, purse pun lupa nak ambik ka..nasib baik awal lagi maa…kalu tidak itu polis datang, dia boleh tangkap maa..
Jalan yang kami lalui agak jauh. Ainur juga kurang pasti jalan yang patut dilalui. Tapi dia menegaskan bahawa kami mesti sampai ke Pekan Hulu Langat dulu untuk sampai Sungai Tekala..Setelah melalui beberapa tol angpaw, kami selamat jumpa papan tanda a.k.a signboard “Pekan Hulu Langat” belok ke kanan…
Selepas melalui Pekan Hulu Langat, kami semua semacam lega kerana destinasi kami semakin hampir.. Cuma Kak Rosma merasa sedikit cuak, barangkali jalan yang kami lalui agak jauh dari jalan yang pernah dia guna untuk sampai ke Sungai Tekala. Apapun, kami merasa gembira + teruja + riang kerana pemandangan kawasan kampung dan pemandangan hijau menghiasi perjalanan kami ke destinasi piknik kami. Jalan raya mulai persis jalan – jalan kampung dan jalan menjadi sempit. Jalan pun menjadi bengkang – bengkok.. Struktur muka bumi semakin berbukit – bukit… [ jadi cikgu geografi kejap ^_^) ]
Bila struktur muka bumi berubah bentuk dan bentuk jalan raya semakin menyukarkan, di sinilah bermula titik klimaks bermula sebuah eksiden yang tak menduga dan memang mendugakan…Jeng.. Jeng Jeng.. Jeng…Apa dia tu?
Ainur merasakan dia sedang memandu dalam keadaan kawasan berbukit. ehe.. kereta kancil jadi semakin berat..kereta bergerak dengan lambat.Ainur menukar gear tinggi ke gear paling rendah…tetapi kereta masih bergerak pelahan. Cuak Ainur dibuat kereta ni. Ana dan Ainur terperasan… yang… yang…. yang …. temperature kereta semakin menaik! Perasaan cuak juga semakin meningkat…Ana semakin risau, ana minta berhentikan kereta di tepi jalan. tetapi tak semua kawasan bahu jalan sesuai dijadikan tempat berhenti.. Akhirnya, kami berhenti betul – betul di tengah – tengah puncak jalan berbukit. Sedikit lagi sampai Sg. Tekala…huhu…Kereta diberhentikan ditepi bahu jalan. Lampu kecemasan dinyalakan. Sebuah kereta Myvi, berhenti seketika; bertanyakan keadaan kereta kami dan sudi menghadiahkan sebotol air mineral.
Kami berehat seketika di tepi jalan untuk menyejukkan enjin kereta. Masing – masing bersabar atas ujian ini dan tidak mudah berputus asa. Inilah saat manis ukhwah antara kami yang tak dapat dilupakan. Kami sempat berposing gambar sebagai tanda kenangan dan melihat explorace motor besaq melalui jalan yang kami lalui..Masya Allah, besaq2 semua motor yang melintasi kereta kami…
Setelah lebih kurang sejam, Si kancil ni cam da ok…Maybe, kereta ni moody agaknya, nampak gayanye, tuan punya kreta la kena ambil alih… Tak sampai dalam 15 minit, kami p0n sampai la tempat yang paling best untuk lepaskan segala tekanan…Hihi…
Saat tiba jer kaki keluar dari kereta, memasing tak sabau nak menjajah port yang paling strategik untuk tempat kami bersiram... Kata Ainur, kita kena jajah tempat yang paling tinggi, pasal tempat yang rendah2 ni, faveret bagi insan2 yang sudah membina rumah + tangga..So tak leh kacau port situ….
Naik punya naik tangga ( Lama tak jungle trekking, semput den…), akhirnye, tapak jajahan paling sempoi telah kami jumper… Apalagi,
Di tempat ni, semuanya jadi kanak – kanak riang ria bila nampak air yang sejuk + deras… Baik Kak Rosma, Ainur, Akmal. Nasuha dan Ana, sama saja.Tak sah kalau takde main simbah – simbah air sambil tertawa ceria…Sebab tu la jadi kanak – kanak ni memang best, tak perlu fikir banyak masalah negara….
Bila sudah siap bermain air, kami naik ke tempat piknik untuk mengalas perut . Bila masing – masing sudah siap makan, sambung semula turun ke tempat air terjun.. Kali ni, semuanya jadi petapa yang tak ditauliahkan pula... XD Ada yang merenung masa depan, mungkin ada yang mengenang kisah lalu, ada yang buat terapi menenangkan diri…kalau tak percaya,
Selepas puas kami beriadah, kami bersolat zuhr di surau berdekatan. Ba’da solat zuhr, ana belanja makan aiskrim sebelum pulang ke istana Kajang Utama..Untuk perjalanan pulang, ana memandu ke arah Kajang asbab jalan ni nampak lagi dekat…Ekceli, semuanya agak mengantuk bila perjalanan pulang ni.. Tapi, masa ni la kami semua tak percaya teramat sangat, cepat pula sampai rumah. Dan lebih mengejutkan jalan yang kami guna dari Sungai Tekala ke Kajang Utama lagi dekat sangat berbanding guna laluan dari Cheras… Rupanya boleh ja guna jalan belakang rumah untuk sampai tempat rekreasi Sungai Tekala niiiii….adieh, masya allah…Tak apa la,jauh berjalan luas pengalaman,
In summary, kami semua teramat sangat la suka pergi ke tempat reksreasi ni. Banyak manfaatnya bagi sesiapa yang mahu menggunanya dengan sebaik – baiknya. Lagipun,ukhwah dapat dieratkan, mana taknya semuanya tersenyum ja bila pulang seusai beriadah…
Wassalammua’alaikum wrh wbt.
~The End~
p/s ~ Nanti
6 Respon Anda?:
Salam wb.. tu dia aihh..jeles tahap gunung everest den..
nak ikot gak tp nak wat camne..den byk visi n misi yg byk perlu dlaksanakan..he3..
apepun, nice story..
nak lawan ira jd reporter terbaek eh..hu3..
Salam 'alaik..
huhu melangitnye tahap kejelesan dia aihh...
thanks, 'nice' comment!^_^
oooo itu sudah tentu...huhu bagus gak kalu ader anugerah perepot terbaik..huhu3...
2rd kembara, jemput jo-ing sekali naaa...tempat duduk di atas keta disediakan jugak...huhu
tapi report ira xde org leh lawan lagi..hu3..
huhu..yeka?setahu yang tahunye,ramai ja yang berbakat leh lawan report ira ni..huhu..ade cheng ira jadik tergugat taw....^_^
For me, klw inpo2 tu berguna, sesape je leh dianggap pemenang. asbab kan dia la telah memenangi hati si para pembacanya..hehe...
wow pjgnya story boarding ni..
nanti tunggu ana buat artikel msk paper/majalah or buat buku..
baru gempaq..haha
alhamdulillah,ira, nampaknya ada pulak yang nak jadi sponsor percuma ni.... XD
besar tapak gajah, nyiru saya yang amik...syukran..
Post a Comment