HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan asas Fiqah ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu 'Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinja', wudu', tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitanya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum - Hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al -Qur'an dan hadis. Isu yag dibincangkan untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.
BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN BUKU INI?
- Dijadikan bahan rujukan fardu ain untuk Muslimah seisi keuarga.
- Dibaca selepas solat Subuh atau Maghrib berjemaah sebagai tazkirah.
- digunakan sebagai modul dalam majis fardu ain dan usrah mingguan di pejabat, sekolah, surau dan masjid.
- Dibacaan kepada anak gadis oleh ibu dan kepda adik perempuan oleh kakak.
- Baca 4 muka surat sehari sebelum tidur malam.
- Berikan sebagai hadiah kepada anak gadis anda atau murid perempuan anda.
- Jadikan hadiah untuk hari pertunangan, perkahwinan, hadiah hri Jadi, dan ulangtahun perkahwnan.
p/s~ syukran jazilan to my lovely sister.. walaupun lama ana mengumpul duit untuk membeli buku ini, memang ingin beli sendiri tapi telah mendapat hadiah pula.sweet2.syukran atas kejutan ini. Tidak tersangka pula. Jazakillah!
1 Respon Anda?:
Post a Comment