Friday, December 26, 2008

Sebuah Kembara

Assalammua'laikum!

Uhuk!Uhuk! sudah bersarang lelabah mahligai ni...lama benor ana tinggalkan mahligai kesayangan ni..baru hari ni ler ade kelapangan masa nak kemas - mengemas...maaf la kalau entri terbaru lambat masuk..

Entri kali ni berkisar dengan kembara ana ke johor atas sebuah undangan walimah salah seorang sahabat kami, Ust Fuzaimi & Ustzh Jannah..depa dua ni sempoi & sporting ja..

Adapun begitu, ana nak memohon jutaan maap, kali ni tak dapat ana nak mengisahkan rapuan kisah2 pahit manis dalam kembara ni. Asbab terlalu bizi sangat, tak sempat sangat nak mengarang, bakar kerang tu insya allah ana sempat lah.. =)..Oleh yang tak demikian,terpaksa la antum wa antunna tersenyum pahit dengan tatapan gambar2 yang menyimpan sejuta satu rahsia kenangan & usikkan tatkala jurni to Johorean & kom bat to KL..

Tak silap ana, Kak Rosma ade buat report berkenaan dengan jenjalan ke johor ni..ana memang tak sempat bangat, ana dah kibar bendera hijau..jadi, moh le kito terjoh kek blog kak rosma kito ne, jum yok!!..

Mempersembahkan...

to be continued...

aisey, afwan jiddan.. kena tunggu lagi na..ana tak sempat nak upload..bizi,bizi..sat sat na..tunggu masa yg sesuai..

Tuesday, December 23, 2008

Satu hari di Mas3a..

Perbualan dengan seorang 3ammou muda bertubuh agak sasa. Janggut dicukur, yang tinggal hanya kumisnya yang lebat.


"Kam li wa7ed? khamseen momken?" (Seorang berapa? 50 boleh?)
"Mashi. Khamseen" (Ok. 50)
"Khamseen bas??" (50 jek?)

(terkejut apa pasal murah sangat..betul ke 3ammou ni.)

Berpaling ke arah ayah.

"Dia kata 50 riyal je. Boleh lah naik kerusi roda dengan dia.."

Ayah sampai ja..

"howwa da sab3een!" (Kalau dia ni 70!)
"eh? mesh ma32oul, leh bet2oul keda? danta elly 2oltly 2abl keda khamseen bas! da kteer giddan" (Apa? Tak masuk akal lah.. Apsal tiba2 cakap macam ni pula? Sebelum ni kata 50 je? Mahalnya!)
"3ashan howwa kbeer wenty so3'ayra" (Sebab dia ni bosar, awak kecik)

(sambil geleng-geleng kepala, berkeras dengan harga 70 riyalnya itu)

"mashi"

(berlalu pergi)

Berdoa agar ada yang sudi menerima harga 50 riyal bagi sa3ie complete. Kesian lihatkan keadaan kaki ayah yang tidak berapa baik.

Tiba-tiba ternampak Sheikh tua berdiri sedang menunggu pelanggan yang bakal disorongnya. Berserban style arab badwi dan berjanggut. Tua! Boleh kira lagi tua daripada atok sendiri! Kurus! Lebih kurus daripada atok aku sendiri!

"Ya sheikh, momken khamseen li baba 3ashan howwa ta3ban" (Pakcik, kalau 50 boleh tak untuk ayah saya? Sebab dia sakit.)

Sheikh itu mengangguk kepala tanda setuju.

Terkejut tengok pakcik tua ini. Was-was pun ada juga. Mampukah dia menolak ayahku yang besar dan berat ini?

Ternyata pakcik tua ini begitu kuat walaupun kedut di mukanya begitu jelas kelihatan. Kerana begitu kagum dengan pakcik ini, atas permintaan aku, beliau diberikan another 50 riyal menjadikan total keseluruhannya 100 riyal.

Hah!

Moral : Jika kita bersyukur, Allah gandakan lagi. Jika kufur, maka sebaliknyalah yang kita perolehi.

http://bebaskann.blogspot.com/

Monday, December 22, 2008

Dapat Hadiah 'Nametag' Rupanya...

Assalammualaikum wrh wbt...

Kini, virus tag- meng'tag' telah bermula kembali...

mungkin boleh la refresh senyuman kita seme dan rehatkan minda kita kut..ana dapat T.A.G. ni dari ukt Nadirah..hemo2 ira, tu dia..abis seme kena dapat hadiah 'TAG' eh...

Soalan2nya ialah... 


Question 1: What were you doing 5 years ago?

Lima tahun lepas?hmmmm...(berfikir jap)....owh...ana baru dapat gelaran "kanak - kanak rebina"..baru 19 ta-un...apa yang ana dah berbuat di masa itu? Masa tu ana baru ja diploma tahun ke -2..masih lagi menginap kolej tiga belas, kalau tak tahu tempat ni,boleh tanya pada tuan yang 'menghadiah' nametag pada ana, Cik Nadirah..insya allah, boleh la dia tunjuk jalan sekali dengan peta dan pen kilometrico ana.. :D Tika usia 19 ta-un ni, ana masih belajar di UPM, Serdang..ana suka pergi kuliah dengan 4orang kawan yang boleh dibuat kawan karib..depa ni tahan dengan karenah ana yang suka datang kelas lambat tapi depa sanggup pi kelas sama2..terharu eden.

Masa setua 19 ta-un ni, ana suka teramat suka merayap, berjalan - jalan dan menginap free di bilik2 akhawat cosmet...Kolej 13 ada 4 blok siswi, ana rajin ziarah dari satu blok ke satu blok, sampaikan ana di ajak bermalam @ stay up ja bilik depa..jazakumullah.penyakit ni memang sebati sehingga kini..cuma bila bergelar student final projek, ana dah kurang sedikit asbab penyelia projek beri amaran, "dont play2 aa for dis yer"..tapi, bak kata ana masa tu,biar ramai kawan,asal luas pemandangan..mungkin di sekolah, taklah seluas suasana di kampus ni..Jadi seronok dapat kawan2 satu mesia bila dapat jejak di kampus.. :D


Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?

kena hari ni jugak ke? semalam punya ta buley ka?
Alhamdulillah..Hari ni.. ana..
1. JAdi drebar tak bergaji adik ana, pi beli barang2 depa.. dan sepupu kecik pi taman permainan 
2. Memasak 
3.  Ziarah usrah 'ammu ba'da asar
4. Layan anak sedara berpipi donat yang notti,depa nak ana buat susu, milo, sapu roti,nak itu ini.. 
5. Buka komputer dan internet - cari + tambah infomasi..

Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?

Suka makan Aiskrim

1. Aiskrim Solari Hijau
2. Aiskrim Perisa Oren
3. Aiskrim perisa 'pepermint', vanila, pink masa pi Taman Rama2 bi usrati
4. Aiskrim batang..banyak perisa..
5. Yang terbaru, baru ja merasa aiskrim Tropicana (edisi konfeksi sejukbeku vanila, lemon, dan limau) - dalam bahasa omputih,tertulis di bekas penutup Aiskrim - Vanila, Lemon and Lime Flavoured Frozen Confection.. Alhamdulillah..

Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?


1. Peruntukkan untuk membina masjid..
2. Berdakwah dengan menginfakkan harta kerana sayang pada ISLAM..
3. Melanjutkan pelajaran ke timur tengah 
4. Derma pada anak yatim dan orang susah..
5. Bayar hutang pinjaman PTPTN

Question 5: What are the 5 jobs you've had?

1. Penjaga rumah yang berjaya
2. Pembawa kereta yang berjaya
3. Cikgu tuisyen semasa cuti 
4. Pelancong..Jenjalan sana sini..
5. Pembaca novel dan buku2 apa2 yang bermanfaat..

Finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:

Penerima yang wajib menerima hadiah 'nametag' adalah... :-

1- Balqis

2- Kak Chik  

3- Ainnur

4- Spiderman_pink 
5- Zizoum

Saturday, December 20, 2008

Natijah Imtihaan Niha'ie Sesi Pertama - 2008/2009


Alhamdulillah, Natijah Imtihaan Niha'ie Sesi 1-2008/2009 sudah keluaq bermula minggu ni..

Alhamdulillah... natijah imtihaan niha'ie buat semester terakhir ini amat baik dari sebelumnya. Lepas ni, sudah tiada kuliah2 dan amali2 dan jalan2 di luar kampus lagi..insya allah, biiznillah,ana cuba usahakan hidupkan semula suasana ni dalam jangkamasa yang sesuai..

pejam celik, pejam celik,sudah hampir 3 tahun setengah belajar ana blaja,banyak juga ilmu dapat dikutip, dikepel, di stapler dan macam - macam lah...Pendek dikata,sepanjang berada dalam kampus selama ni, ade sesetengah subjek dalam course study, ada yang subjek jadi kesukaan yang melampau dan adaaa subjek yang menjadi ke'stess'an yang bergunung - gunung di minda & perasaan ni..


Ini lah, natijah imtihaan niha'ie buat semester pra-akhir di kampus UPM Serdang....

BACELOR SAINS PERTANIAN 


NO MATRIK : 134435
NAMA PELAJAR : SITI AISHAH BINTI MOHD FUAD 
KLASIFIKASI : SULUNG 
MAJOR : . 
MINOR : . 



KOD          NAMA KURSUS                                      
AGR4601 PENGELUARAN TANAMAN PERLADANGAN   B+
BIP4910B PENYELIDIKAN BEBAS     A-
HRT4701 PEMBIAKAN MIKRO TUMBUHAN    B-
TKP3301 TAMAN PERTANIAN REKREASI    B+

JUMLAH KREDIT PENGECUALIAN : 10
JUMLAH TIMBUNAN MATA NILAIAN : 331.25
KEPUTUSAN SEMESTER : 3.45
JUMLAH TIMBUNAN KREDIT : 103
PURATA TIMBUNAN : 3.216


sebelum ini, natijah imtihaan semester lepas 2.5... alhamdulillah, syukur pada Allah... semester  ni naik ke  3.4...
awat ana ambil aliran sains pertanian?panjang ceriteranya..ringkasnya, Allah Yang MAha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..seperti dalam firmanNya dalam surah al -baqarah 2: 216... =) Ada hikmahnya...

Monday, December 15, 2008

Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya



DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008

Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya

Peribadi yang baik dan soleh adalah merupakan tauladan yang terbaik buat anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka. Ini terlaksana antaranya apabila kedua orang tua mempunyai disiplin dan keperibadian yang bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti panduan yang ditunjukkan oleh-Nya di samping sentiasa bekerjasama bagi melaksanakan tugas dalam mendidik dengan baik.

Ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. (yang maksudnya):

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (mewarisi) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 34)

Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di berkomentar, “Dan Allah menyebutkan keluarga-keluarga besar tersebut dan apa yang di dalamnya berupa manusia-manusia yang agung yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan, dan bahawasanya keutamaan dan kebaikan itu telah diwariskan secara turun temurun oleh anak-cucu mereka, yang mencakupi lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan kurniaan yang paling utama dan tempat kemurahan dan kebaikan-Nya yang paling utama. (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 487)

Kesan daripada Ibu bapa yang bertaqwa dan sholeh, para malaikat juga turut mendoakan buat mereka kebaikan dan memohonkan syurga buat anak-anak yang memiliki ibu bapa yang sholeh. Ini dapat dilihat dari firman Allah s.w.t. berikut (maksudnya):

“Ya Rabb kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Mukmin, 40:

Malah, suatu anugerah dari Allah s.w.t., seandainya anak-anak cucu yang tersebut lahir dan hidup dalam keadaan yang penuh taqwa dan keimanan, taat kepada Allah s.w.t., maka Allah juga turut menyatakan bahawa kelak nanti di Syurga, Allah akan mempertemukan mereka.

Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (ath-Thuur, 52: 21)

Anak-Anak Yang Sholeh Akan Mendoakan Ibu Bapanya

Memiliki anak yang sholeh adalah merupakan sebahagian kurniaan yang sangat bermakna bermula dari dunia sehinggalah meninggal dunia. Ini terlaksana melalui keperibadiannya yang sentiasa merendah diri menjaga akhlak kepada ibu bapa atau orang tua, sekaligus mendoakan kebaikan buat kedua ibu dan bapanya tidak kira semasa hayatnya mahu pun setelah meninggal dunia. Ini dilihat dari firman Allah s.w.t. yang maksudnya,

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” (al-Isra’, 17: 24-25)

“Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku petunjuk untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.” (an-Naml, 27: 19)

Juga melalui hadis Nabi s.a.w., kita dikhabarkan bahawa doa dan amalan anak-anak yang sholeh itu sentiasa memberi kesan yang baik kepada kedua orang tuanya walaupun orang tuanya telah meninggal dunia.

“Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Wasiat, Hadis no. 14. Dan Abu Daud, Kitab Wasiat, no. 3880)

Sunday, December 14, 2008

Cantik itu Mudah dan Murah




Mendengar kata cantik, mungkin benak kita langsung membayangkan sosok
tinggi- langsing, berkulit halus-lembut, dan memiliki wajah seindah
purnama. Persis seperti model iklan kosmetika di televisi. Berjuta-
juta perempuan dengan wajah pas-pasan iri dan tergoda mencoba
kosmetika tersebut. Apalagi narasi iklan sering menggambarkan begitu
banyaknya laki-laki tampan tertarik padanya. Secara tak langsung
iklan tersebut berkampanye; seperti inilah perempuan idaman laki-laki.

Kebanyakan orang menilai cantik tidaknya perempuan hanya dari fisik
semata. Dan beruntunglah mereka yang dianugerahi rupa seindah
mutiara. Tapi, bagaimana dengan mereka yang punya jasmani pas-pasan?
Betapapun mereka sudah menggunakan kosmetik mahal, sulit menandingi
perempuan yang sejak lahir sudah cantik.

Ada
cara yang mudah dan murah untuk membuat perempuan cantik, meskipun
secara fisik mereka kurang menarik. Yang pertama kali harus dilakukan
adalah mendefinisikan kembali makna cantik tersebut. Cantik bukan
masalah fisik semata. Kecantikan sejati juga bisa diraih dengan
memaknakan kecantikan sebagai berikut:

1. Kecantikan perempuan ada dalam iman taqwanya yang menyejukkan mata kaum laki-laki.

Seorang perempuan yang menghias jasmaninya dengan iman da taqwa akan
memancarkan cahaya surga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, ia
akan memesona. Yang kuasa akan memberikannya kecantikan abadi, magnet
alami. Tak perlu kosmetik, parfum atau penampilan berlebih, laki-laki
akan tertarik padanya.

2. Kecantikan perempuan ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan sensifitas dan kecintaan pria

Secara umum laki-laki memang responsif terhadap perempuan yang bagus
fisiknya. Tapi ketertarikan itu tak kekal, bisa membuat laki-laki
bosan. Kehangatan kasih sayang dan cinta kasih yang tuluslah yang
akan membuat sang pria nyaman berada di sisinya. Tak bisa
melupakannya.



3. Kecantikan Perempuan ada pada kelembutan sikapnya

Kelembutan bukan berarti lembek dan manja. Kelembutan seperti roti.
Meskipun sedikit, tapi mengenyangkan. Dari toko roti manapun roti
berasal, ia tetap lembut. Jadi perempuan dari suku manapun bisa tetap
lembut, pada pasangannya, pada anak-anaknya. Asalkan ia mau berusaha.

4. Kecantikan perempuan berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat.

Walau mata tak seindah bintang kejora, setiap perempuan bisa memiliki
mata embun. Teduh. Sejuk. Tak gampang emosi. Menyikapi tingkah laku
sekitarnya secara bijak. Ia selau berprasangka baik. Perkatannya
bukan pisau yang menikam. Perkataannya adalah bara yang menyalakan
semangat di dada. Tak ada kata sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan perempuan berada dalam senyumannya yang menambah kecantikannya dan membuat gembira hati orang yang melihatnya

Senyum adalah sedekah. Murah senyum tanpa bermaksud menggoda apalagi
berlebihan bisa membuat wajah indah. Meskipun berwajah rupawan, tapi
jika malas tersenyum, hanya aura negatif yang akan ditangkap oleh
orang-orang di sekitarnya

6. Kecantikan perempuan berada pada intelektualitasnya

Ukuran intelektual bukan pada gelar sarjananya atau di mana ia pernah
menuntut. Banyak ilmu-ilmu yang bisa dipungut dari sekitar, yang
membuat si perempuan mejadi cerdas. Kehidupan adalah sekolah yang tak
pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tak ada sekolah untuk menjadi
istri yang baik. Tak ada universitas yang melahirkan ibu yang baik.
Ruang dan waktulah yang akan menempa perempuan mejadi istri dan ibu
yang baik.

7. Kecantikan perempuan berada pada seberapa jauh pengetahuannya akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak , masyarakat dan umat manusia

Perempuan adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh
pengetahuan seorang perempuan akan terlihat dari tingkah laku
keluarganya. Ia selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi
sekitarnya. Mengambil peran penting dalam rangka memperbaiki
lingkungan. Lihatlah laki-laki sukses di jagat raya. Dibalik
kesuksesannya, pasti ada perempuan tangguh di menemani. Menjadi
pendukung nomor satu, tempat kembali saat sang pahlawan lelah
berjuang.

8. Kecantikan perempuan berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi.

Orang bisa miskin harta, tapi ia bisa kaya hati. Selalu memberi,
tanpa mengharap imbalan yang berarti. Ia senang ketika orang lain
senang. Ia sedih ketika orang lain sedih. Kemurahan hatinya membuat
wajahnya bersinar. Membuat ia selalu dirindukan, meskipun sosoknya
biasa-biasa saja.

Mungkin masih banyak kecantikan lain yang tercecer. Tapi dengan
kecantikan-kecantik an ini, perempuan manapun bisa tampil memikat.
Mudah caranya, murah biayanya.

Satu hal yang paling penting, kecantikan-kecantik an ini sifatnya
abadi. Akan dikenang meskipun si perempuan telah tiada. Tidak seperti
kecantikan lahiriah yang sementara. Setelah tua, ketika senja
menyapa, ia tak menarik lagi. Manakah yang akan Anda pilih?
Kecantikan sementara atau kecantikan abadi? (by: Koko Nata)

Sumber: “Ya Ma’syaru Ar-Rijaal, Rifqan bin An-nisaa
oleh Dr. Najah Ahmad Azh Zhihar, dan Ustad Cinta


Saturday, December 13, 2008

Baca al-Quran dari H/P, perlu wudhu?

Baca al-Quran dari H/P, perlu wudhu?

DIkirim oleh mohd masri di September 1, 2008


Bin Sahak
al-Quran yang dimuat turun ke dalam handphone tidak sama hukumnya dengan Mashaf (al-Quran). Maka harus menyentuhnya tanpa wudhu, dan harus membawanya ke dalam tandas. Ini kerana penulisan al-Quran di dalam handphone tidak sama seperti penulisan di dalam Mashaf, ia dipaparkan kemudian hilang, dan ia bukan huruf yang tetap, disamping handphone ada di dalamnya bahan-bahan yang lain juga.


al-Syeikh ‘Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak pernah ditanya tentang hukum membaca al-Quran dari H/P tanpa berwudhu.

Beliau menjawab: “Telah diketahui, membaca al-Quran dari hafalan tidak disyaratkan suci daripada hadath kecil, tidak disyaratkan juga bersih dari hadath besar. Akan tetapi bersuci untuk membaca al-Quran walaupun dari hafalan adalah lebih utama, kerana ia adalah kalam Allah, termasuk dalam mengagungkannya adalah dengan membacanya dalam keadaan bersuci. Adapun membaca al-Quran dari Mashaf, maka disyaratkan bersuci untuk menyentuhnya secara mutlak, berdasarkan hadith:

Maksudnya : “Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.”

Demikian juga berdasarkan athar-athar dari sahabat dan tabien. Kerana itu kebanyakan ulama berpendapat diharamkan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath samaada untuk membaca atau utk tujuan lain.”
Wallahu a’lam

http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/01/baca-al-quran-dari-hp-perlu-wudhu/

Friday, December 12, 2008






5 bulan sebelum berkahwin

“Wan..macam mana persediaan?” tanya seorang kakak senior.

“Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak..”

Lantas kakak senior menjawab,“Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah.”

Kakak senior menyambung lagi,“Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya.”

Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.

Sebulan sebelum berkahwin


“Wan..saya tengok awak ni asyik je duk preparekan diri untuk majlis. Xde nampak pun wan preparekan diri untuk menjadi seorang isteri”, soal seorang sahabat.

Saya tersentak dengan soalan itu.

“Preparekan diri untuk menjadi seorang isteri??”, soalan itu berlegar-legar difikiranku.

Sahabat saya menyambung lagi, “Dulu bukan main lagi kata nak penuhi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum jadi isteri orang. Bila dah makin dekat..saya nampak wan makin alpa. Makin leka dengan persediaan majlis je..seolah-olah nak bagi majlis begitu sempurna..tapi wan lupa persediaan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik..”

“Ya Allah..sungguh ku alpa” bisik hatiku. Diriku tertunduk malu dengan Tuhan Pencipta. Lantas ku teringat pesanan akak seniorku dulu.

Kata-kata sahabatku itu benar-benar mengetuk pintu hatiku yang sedang leka dengan persediaan majlis. Ya Allah..sekelip mata saja ku tenggelam dalam kealpaan duniawi..ku begitu tertumpu pada majlis semata-mata..sehingga ku alpa untuk mendalami ilmuMu yang akan membimbingku menjadi isteri solehah disisiMu.

Teguran sahabatku dan pesanan kakak senior sehingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah menjadi perisai untukku tidak alpa walaupun sesudah bergelar isteri. Ku berterima kasih pada kalian kerana menegurku. Jazakumullahu khairan kathira..barakAllahu fiikum..

Buat sahabatku yang lain yang bakal mendirikan masjid Allah..janganlah asyik leka dengan preparation majlis sahaja..tapi ingatlah yang lebih utama..preparekan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.

http://wan.humaimee.com/

Thursday, December 11, 2008

Salam EidulAdha 1429H


Salam EidulAdha 1429H 

Nampak tak gambar lembu2 di atas ni? comel2 kan?...masya allah..

Salam Eidul Adha pada semua penunjung blog ini...maaflah, sibuk memanjang buat masa ni..

Untuk posting sempena Eidul Adha,ana tak perlu posting berkenaan qurban  sebagainya...Boleh buka posting2 di weblog sahabat2 ana..Kebanyakan weblog2 in, ada banyak entry berkenaan sejarah,manfaat,kaedah dan suasana perayaaan ini.

Perayaan EidulAdha bagi ana kali ini amat berbeza dari tahun sebelumnya...Miskipun kurang meriah disebabkan pemergian allahyarham pak long @ wak long,namun kami sekeluarga berusaha merayakan dengan segembira yang boleh, demi mak long tersayang...Ini juga kali kedua ana merayakan tanpa atuk tersayang...

Kali ini kami beraya di Felda Tembangau,Serting, N9. Kami semua sempat meraikan  pengembaraan sepupu yang telah berjaya menjejakkan kaki di Gunung Kinabalu. Beliau yang juga kadet badan berunifom TLDM sempat menawan kapal perang maritim di Sabah sana..Banyaklah juga gambar yang diambilnya...Jadi, saudara - mara suka menyakatnya, sekadar utuk memeriahkan suasana..Lucu + versetail gambar2 semasa di Gunung Kinabalu tu..Sekurang -sekurangnya, kami semua menyokong dia dari belakang.. :D

Ana sekeluarga pulang pada hari raya itu juga kerana rumah kami akan dikunjungi oleh tetamu misteri keluarga kami yang istimewa,telah lama tidak ziarah rumah kami...siapa tetamu misteri tu?biarlah rahsia kami sekeluarga.. :).alhamdulillah, semua perancangan dan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar dan baik...Secara peribadi, keluarga ana amat gembira akan kehadirannya..Kalau ade pahit manis, masam masin, sakat-meyakat, usik-mengusik, kena-mengenakan tu biasalah..asam garam kehidupan.. 

Sirru'ala barakatillah.^_^

Monday, December 01, 2008

Barakillah buat Ukh Ummul Khair...

Sohibah yang dikenali sejak zaman kanak2 sehingga kini.....

"Barakallah laka, wa barakallahu 'alaika, wa jamaa bainakuma fi kulli khair.."


"Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.."

Selamat Pengantin Baru
Munsyid: Hijjaz


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Selamat pengantin baru
Selamat pengantin baaaaaaaru

Sunday, November 30, 2008

Indah kerana bahasa...

Posted by Abu Saif in Diari Kembara - Dataran Syam on 10 31st, 2008 | 18 responses 




 

“Di manakah letaknya cantik sekuntum bunga?”, tanya Sheikh Yousef al-Qammaz pagi itu.

Kami terpinga-pinga. 

“Ya, di mana letaknya kecantikan sekuntum bunga?”, tanya pensyarah kami lagi. Tenang menanti jawapan sambil mengusap-usap janggutnya yang panjang dan rapi itu.

“Pada warnanya!”, jawab seorang rakan sekelas kami.

Guru Bahasa Arab kami menggelengkan kepala.

“Pada baunya”, jawab seorang lagi.

Menggeleng lagi.

“Pada perempuan yang memakainya”, salah seorang kami mencuba.

“Hahaha!”, habis ketawa satu kelas dibuatnya.

Kecantikan bunga ialah pada bahasa yang mengungkapkannya. Kerana bahasa, bunga jadi cantik! Mari belajar memperelokkan bahasa agar cantik hidup kamu”, kata Sheikh Yousef al-Qammaz menamatkan teka teki kami.

Bahasa menterjemahkan fikiran dan perasaan. Muqaddimah subjek Bahasa Arab 100 pada semester satu, Oktober 1993, Fakulti Peradaban, Universiti Mu’tah, Jordan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

__ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Perkongsian anda, biar pun hanya secawan kopi amat bermakna dalam usaha menampung perjalanan saifulislam.com ini. Terima kasih


aisyahumaira : “Kecantikan bunga ialah pada bahasa yang mengungkapkannya. Kerana bahasa, bunga jadi cantik! Mari belajar memperelokkan bahasa agar cantik hidup

Saturday, November 29, 2008

NMI @ Putrajaya

Alhamdulillah wa syukriah...

Asalnya hajat ana datang ke Serdang untuk menyelesaikan 1 urusan penting berkaitan saiyaarah.Atas urusan tersebut,ditakdirkan berpeluang pula pergi ke NMI..Sebenarnya tidaklah berhajat sangat, memandangkan niat ana hendak menyelesaikan urusan kereta..jadi sekadar rezeki yang tak tersangka..





 

Friday, November 28, 2008

Nasi Ayam...


Hari ini berkesempatan menjamu selera dengan nasi ayam fi al - baiti...

"Bismillahirrahmanirrahiim.Ya Allah Berkati Rezeki kami dan Jauhkan kami dari 'azab neraka.. "


Syukran jazilan ya abi atas peruntukan wang dalam persiapan hidangan ini dan komen ummi selaku juri..

Tuesday, November 25, 2008

What Flavor Ice Cream Are You?




You Are Chocolate Chip Ice Cream



You are kind, popular, and generous.

You tend to be successful at anything you try.

A social butterfly, you are great at entertaining a crowd.



You are most compatible with strawberry ice cream.

Monday, November 24, 2008

Kembara @ Sg. Tekala

Assalammu'alaikum wrh wbt.


Ramai juga yang ternanti – nanti kan cerita hangat kali ni…

Ape dia erk?

Sabaq2 cik jinijau, cik maria, cik kemal, cik sutera & cik bingkisanurani… ^_^.. bawa bertenang ya….

Sebelum tu, ana ingin buat ucapan pada bb a.k.a sutera yang jauh di terengganu sana dan ira yang berada di klang…

“bb, jangan jelez ye dengan jalan – jalan cari makang kitorang kat sini…tempat special tau =D”

“Ira, banyaknya misi dan visi dia…’afwan tak sempat ajak ira..on da spot ni..”

Al – kisah…..

Dalam sebuah istana permai yang terletak di presint Taman Kajang Utama…tinggal 5 orang puteri yang cantik lagi comel…mereka berlima gemar mengembara ke seluruh pelusuk planet bumi..cheewah!

thoyyib, ni la kisah yang sebenarnya…

22 November 2008 (Sabtu)

Hari itu, ana dan rumet ana, akmal masih lagi trauma dengan tesis yang makin hari makin tak siap – siap juga…Disebabkan kami masih juga tak dapat siapkan tesis, ana, akmal dan ainur keluar dari istana tumpangan, milik tunku rosma ( rumah teres 2 tingkat, tapi best juga rumah ni sebab ade astro..rumah bujang lain susah nak jumpa astro..).. Petang itu juga, kami keluar untuk membeli barang2 harian….

Dalam perjalanan…

Akmal : Akak, ape kata kita pergi tempat yang boleh bermandi – manda…tensionlah! serabut dalam kepala ni…

Ana : Owh, okay jugak tu…lama tak pergi tempat air terjun.

Ainur : Saya ok ja. Bagus jugak idea tu.. ( Ainur, mesti suke bab2 gi mandi2 ni)

Kami bertiga bercadang pergi esok, hari ahad sebab hari ahad tu kak rosma kita bercuti…Tinggal Nasuha ( adik sepupu kak rosma) ja yang keberatan nak ikut serta dalam kembara kami..Jadi, kami pun mula merancang untuk membuat operasi memujuk Nasuha supaya tergerak hati nak juga join dengan kitorang… Lagipun, ana dan akmal dah tak lama lagi akan keluar dari penginapan istana yang sudah bagaikan sebati dengan kami, jadi amat berharap sangat la Nasuha dapat meluang masa dengan kami semua..Apatah lagi, Nasuha selalu sibuk dengan kerjayanya siang malam. So kami cuba meraih simpati darinya agar dia sudi ler join sekali. Ainur pun makin gempak mencanangkan bahawa sunuk mandi – manda ni..huhu.

Alhamdulillah, Kak Rosma & Nasuha sudi – menyudikan diri mereka untuk turutserta dalam program mandi – manda ni..

Ana sempat warning pada akmal, kalau tesis tak siap tak boleh ikut… XD..tetapi kesian pula melihat dia tersengguk – sengguk menyiapkan laporan tesis pada lewat malam tu..Ana pun kata gurau ja. Tak sampai hati nak menyusahkan dia. Ana tahu menyiapkan laporan tesis bukan sesuatu yang mudah dan ana telah melaluinya sedikit awal darinya. Sekurang – kurangnya dia telah banyak curahkan usahanya nak siapkan tesis awal seperti ana. Chayok2 akmal! p(^_^)q

Tatkala, Akmal sedang siapkan tesis, lain pula cerita Si Ainur.. Dia sibuk tengok Astro sambil SMS teman2nya bertanyakan jalan ke Sungai Tekala. Katanya, ada banyak jalan boleh guna ke sana. Ana pun setuju ja ikut mana – mana jalan asalkan sampai ke tempatnya. Jangan sampai ke tempat lain sudahlah. =D

Kak Rosma & Nasuha sudah lama lena dibuai mimpi – mimpi indah… Insya allah, lena dalam jagaanNya…

23 November 2008 ( Ahad )

Pagi – pagi, kami, Akmal, Ainur , Kak Rosma, Nasuha dan ana, menyiapkan sarapan pagi untuk bekalan ke Sungai Tekala.. Ade Nasi Goreng, Roti Telur, Sardin (pedas sardine ni, siapa yang masak ni agaknye ^_^’’).. Alhamdulillah, semuanya sedap & lazat…

Sebenarnya pagi – pagi ni, kami agak kelam kabut bersiap..Dalam jam 11 pagi kami bertolak….wah, hati kami semua berbunga – bunga riang menanti lambaian dari air terjun Sungai Tekala…

Kali ni, Ainur ambil giliran memandu, asbab ana tidak tahu sangat jalan ke Sungai Tekala….

Kami memulakan perjalanan dengan dua’ naik kenderaan dan menuju ke Cheras.. Ainur dan Akmal duduk di bahagian hadapan manakala ana, Kak Rosma dan Nasuha duduk di bahagian belakang. Yang lucunya, boleh pula Ainur & Akmal terlupa purse mereka dalam bonet belakang kereta.. Kami bertiga yang duduk belakang ada purse di tangan masing2... Nasib baik, baru saja mula bertolak.. So, kami singgah di Petronas untuk mengisi minyak kereta dan bolehlah Ainur & Akmal ambil purse masing – masing.. Aiya, purse pun lupa nak ambik ka..nasib baik awal lagi maa…kalu tidak itu polis datang, dia boleh tangkap maa..

Jalan yang kami lalui agak jauh. Ainur juga kurang pasti jalan yang patut dilalui. Tapi dia menegaskan bahawa kami mesti sampai ke Pekan Hulu Langat dulu untuk sampai Sungai Tekala..Setelah melalui beberapa tol angpaw, kami selamat jumpa papan tanda a.k.a signboard “Pekan Hulu Langat” belok ke kanan…

Selepas melalui Pekan Hulu Langat, kami semua semacam lega kerana destinasi kami semakin hampir.. Cuma Kak Rosma merasa sedikit cuak, barangkali jalan yang kami lalui agak jauh dari jalan yang pernah dia guna untuk sampai ke Sungai Tekala. Apapun, kami merasa gembira + teruja + riang kerana pemandangan kawasan kampung dan pemandangan hijau menghiasi perjalanan kami ke destinasi piknik kami. Jalan raya mulai persis jalan – jalan kampung dan jalan menjadi sempit. Jalan pun menjadi bengkang – bengkok.. Struktur muka bumi semakin berbukit – bukit… [ jadi cikgu geografi kejap ^_^) ]

Bila struktur muka bumi berubah bentuk dan bentuk jalan raya semakin menyukarkan, di sinilah bermula titik klimaks bermula sebuah eksiden yang tak menduga dan memang mendugakan…Jeng.. Jeng Jeng.. Jeng…Apa dia tu?

Ainur merasakan dia sedang memandu dalam keadaan kawasan berbukit. ehe.. kereta kancil jadi semakin berat..kereta bergerak dengan lambat.Ainur menukar gear tinggi ke gear paling rendah…tetapi kereta masih bergerak pelahan. Cuak Ainur dibuat kereta ni. Ana dan Ainur terperasan… yang… yang…. yang …. temperature kereta semakin menaik! Perasaan cuak juga semakin meningkat…Ana semakin risau, ana minta berhentikan kereta di tepi jalan. tetapi tak semua kawasan bahu jalan sesuai dijadikan tempat berhenti.. Akhirnya, kami berhenti betul – betul di tengah – tengah puncak jalan berbukit. Sedikit lagi sampai Sg. Tekala…huhu…Kereta diberhentikan ditepi bahu jalan. Lampu kecemasan dinyalakan. Sebuah kereta Myvi, berhenti seketika; bertanyakan keadaan kereta kami dan sudi menghadiahkan sebotol air mineral. Ada juga pemandu lain bertanyakan keadaan kereta kami.

Kami berehat seketika di tepi jalan untuk menyejukkan enjin kereta. Masing – masing bersabar atas ujian ini dan tidak mudah berputus asa. Inilah saat manis ukhwah antara kami yang tak dapat dilupakan. Kami sempat berposing gambar sebagai tanda kenangan dan melihat explorace motor besaq melalui jalan yang kami lalui..Masya Allah, besaq2 semua motor yang melintasi kereta kami…

Setelah lebih kurang sejam, Si kancil ni cam da ok…Maybe, kereta ni moody agaknya, nampak gayanye, tuan punya kreta la kena ambil alih… Tak sampai dalam 15 minit, kami p0n sampai la tempat yang paling best untuk lepaskan segala tekanan…Hihi…

Saat tiba jer kaki keluar dari kereta, memasing tak sabau nak menjajah port yang paling strategik untuk tempat kami bersiram... Kata Ainur, kita kena jajah tempat yang paling tinggi, pasal tempat yang rendah2 ni, faveret bagi insan2 yang sudah membina rumah + tangga..So tak leh kacau port situ….

Naik punya naik tangga ( Lama tak jungle trekking, semput den…), akhirnye, tapak jajahan paling sempoi telah kami jumper… Apalagi, sumer pergi letak beg memasing, lepastu terus terjun.. Nak tahu sape yang terjun dulu? Mestila Cik Ainur & Cik Akmal kita. Depa ni macam seronok sangat jumpa air terjun….Apapun sweet bagi ana… Air Terjun Sg. Tekala ni permandangannya cantik, tapi mana yang ‘tak cantik “ tu buat – buat pejam mata aje la.

Di tempat ni, semuanya jadi kanak – kanak riang ria bila nampak air yang sejuk + deras… Baik Kak Rosma, Ainur, Akmal. Nasuha dan Ana, sama saja.Tak sah kalau takde main simbah – simbah air sambil tertawa ceria…Sebab tu la jadi kanak – kanak ni memang best, tak perlu fikir banyak masalah negara….

Bila sudah siap bermain air, kami naik ke tempat piknik untuk mengalas perut . Bila masing – masing sudah siap makan, sambung semula turun ke tempat air terjun.. Kali ni, semuanya jadi petapa yang tak ditauliahkan pula... XD Ada yang merenung masa depan, mungkin ada yang mengenang kisah lalu, ada yang buat terapi menenangkan diri…kalau tak percaya, cuba tanya Ainur, dia yang paling lama bertapa…. Memang tempat rekreasi ini sesuai untuk keseimbangan fizikal dan mental sesorang itu….Ana teringat subjek TKP3301, Taman Rekreasi Pertanian sewaktu kuliah di kampus. Ana akui sesorang itu berhak untuk menempatkan diri dalam tempat yang berunsurkan ketenangan bagi menyeimbangkan kekuatan dalaman dan luaran. Sebab tu, bila seorang sudah puas beriadah, dia akan merasa bersemangat semula untuk bangkit menyiapkan segala bebanan / selesai masalah yang tergendala bukan? Paling – paling tidak pun, semangat semula nak pergi bekerja, betul tak? J

Selepas puas kami beriadah, kami bersolat zuhr di surau berdekatan. Ba’da solat zuhr, ana belanja makan aiskrim sebelum pulang ke istana Kajang Utama..Untuk perjalanan pulang, ana memandu ke arah Kajang asbab jalan ni nampak lagi dekat…Ekceli, semuanya agak mengantuk bila perjalanan pulang ni.. Tapi, masa ni la kami semua tak percaya teramat sangat, cepat pula sampai rumah. Dan lebih mengejutkan jalan yang kami guna dari Sungai Tekala ke Kajang Utama lagi dekat sangat berbanding guna laluan dari Cheras… Rupanya boleh ja guna jalan belakang rumah untuk sampai tempat rekreasi Sungai Tekala niiiii….adieh, masya allah…Tak apa la,jauh berjalan luas pengalaman, kan? Lepas ni, boleh la guna jalan pendek ni pula…Amacam Kak Rosma?

In summary, kami semua teramat sangat la suka pergi ke tempat reksreasi ni. Banyak manfaatnya bagi sesiapa yang mahu menggunanya dengan sebaik – baiknya. Lagipun,ukhwah dapat dieratkan, mana taknya semuanya tersenyum ja bila pulang seusai beriadah…

Wassalammua’alaikum wrh wbt.

~The End~

p/s ~ Nanti kan Keluaran Kembara Episod 2 !! v (^_^)

Sebarang cadangan & komentar, boleh dicoret di sini..Syukran 'ala kulli hal..

Friday, November 21, 2008

Ulasan Buku Pedoman2 Bermazhab dalam Islam


Assalammu’alaikum wrh wbt..

Lamanya ana tak meng’update’ blog ni..

Syukur, alhamdullilah. ana telah habis baca buku “Pedoman2 Bermazhab dalam Islam”.

Ana andaikan ramai juga yang mengetahui dan memahami makna “mazhab”.


Secara ringkasnya, perkataan “mazhab” boleh dikatakan bermakna “jalan” atau “the way of” kerana “mazhab” adalah perkataan bahasa ‘arab. Dalam Islam ad – din, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk 2 tujuan iaitu diperhatikan dari sudut aqidah dan sudut fiqh.

Mazhab aqidah adalah seperti apa yang berkaitan dengan persoalan keimanan, tauhid, qada’ dan qadar, perihal qhaib, kerasulan dan sebagai. Contohnya, mazhab syi’ah, mazhab khawarij, mazhab mu’tazilah dan mazhab ahl sunnah wa al – jama’ah.


Setiap mazhab aqidah mempunyai mazhab –mazhab fiqh yang tersendiri. Contohnya kan, mazhab fiqh bagi mazhab ahl Sunnah wa al – Jama’ah adalah Mazhab Hanafi, Mazhab, Hanbali, Mazhab Maliki dan Mazhab Syafi’e.1

Ada 4 peringkat dalam sejarah kemunculan dan perkembangannnya.

Peringkat 1 : Era Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Khulafa’ ar

Rasyidun.


Peringkat 2 : Era pemerintahan Umayyad dan Abassid ( Ketika inilah mazhab2 islam mula muncul dan berkembang)

Peringkat 3 : Era kejatuhan Islam, pada kurun ke 4H/10M, iaitu mazhab –
mazhab Islam tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat, bahka hanya tinggal sebagai diikuti dan diterima secara mutlak.

Peringkat 4 : Era kebangkitan semula Islam dan ilmu – ilmunya sama ada dalam konteks mazhab atau ijtihad ulama’ mutakhir.


Sejarah dan latar belakang para imam mujtahid ni terlalu panjang untuk diceritakan tetapi ingin ditekankan bahawa penekenan teladan para imam mazhab dalam menghadapi perbezaan pendapat. Ana teruja dengan nilai – nilai pegangan mereka sebab jika dibaca dan dikaji sejarah dan riwayat hidup mereka, kita akan dapati Imam syafi’e, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mempunyai sifat bertolak – ansur dan sikap terbuka yang amat tinggi . Mereka menerima teguran dengan hati terbuka yang amat terbuka, membetulkan ajaran yang tersilap, menghormati antara satu sama lain dan saling membanding antara satu sama lain. Masakan tidak? padal awalnya, mereka duduk berguru sesame mereka dan mempunyai sumber yang sama lalu mempunyai tujuan yang sama.


Oleh kerana itu, kita boleh mengambil contoh – contoh teladan para imam mazhab ahl Sunnah wa Jama’ah ini yang disimpulkan seperti :

1. Para imam mazhab membetulkan ajran mereka serta – merta apabila terbukti salah tanpa sikap ragu – ragu tau keberatan.

2. Para imam mazhab saling hormat menghormatiantara satu sama lain. Mereka menghormati ketinggian ilmu serta pendapat di kalangan mereka.

3. Para imam mazhab sendiri ada kalanya mengubah pendapat dan amaan mereka, malah mereka mengesyorkan agar umat islam memilih dan mengambil apa yang terbaik.

4. Para imam mazhab tidak pernah memaksa umat islam untuk bermazhab ataupun mengikuti mana – mana mazhab (samada maliki, syafi’e, hanbali dan hanafi). Setiap individu bebas beramal dengan ilmu masing – masing.

5. Para imam mazhab tidak pernah berhenti daripada mencari dan mengkaji ilmu. Usaha mereka diteruskan sehingga ke akhir hayat, membetulkan mana yang salah dan mengajarkan apa yang baru.

6. Para iman mazhab tidak mementingkan maruah dan kepentingan diri. Bagi mereka, apa yang benar, itulah yang diperjuangkan.


Buku ini juga menekankan pengaruh taqlid dalam kehidupan seharian. Ana juga berpendapat hukum taqlid dalam bermazhab berbeza – beza kepada kemampuan setiap indvidu.

Rashid Rida rahiahullah menerangkan :

Taqlid ialah mengkuti pendapat orang yang dianggap terhormat atau terpecaya dalam masyarakat tentang suatu hokum syariat Islam tanpa memerhatikan benar atau salah baik atau buruk, manfaat atau mudharat hukum yang diikuti tersebut”2

Kemampuan tersebut boleh diukur dari 2 sudut :

1. Kecerdasan akal untuk mengkaji dalil – dalil al – Quran dan al – Sunnah serta hujah para mujtahid sebelumnya.

· Berdasarkan kajian tersebut, seseorang itu mampu mengeluarkan pendapat yang tersendiri ( mujtahid mustaqil ), atau menguatkan 1 pendapat di antara beberapa pendapat yang sedia ada ( mujtahid murajjih ) atau hanya sekadar mengetahui beberapa pendapat yang sedia ada, khasnya pendapat mazhab ikutannya ( mujtahid musta’dil).

· Sebaliknya jika seseorang itu tak mampu mengkaji, dia akan mengikut hasil kajian orang lain sambil memerhatikan dalil serta hujahnya (‘ittiba’) atau jika masih tidak mampu maka dia hanya mengambl pendapat orang tersebut ( taqlid ) tanpa memrhatikan dalil serta hujahnya.

2. Kemudahan Fizikalnya seperti sihat anggota badan untuk bergerak mencari rujukan dan mengkajinya. Juga berkemudahan untuk melakukan seperti masa yang mencukupi, terdapat perpustakaan yang menyimpan koleksi rujukan ilmiah dengan jarak yang sewajarnya.


Di sini dapatlah ana simpulkan, dalam keharmonian hidup bermazhab dan kebahayaan budaya taqlid, penulis buku ini menyaran kita agar :

1. bahawa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap muslim. Bertaqlid tidak termasuk di dalam kategori menuntut ilmu melainkan bagi orang tidak mampu dari sudut kecedasan dan kemudahan fizikal ( seperti orang terencat akal, orang dhaif dan sewaktu dengannya).

2. menetapkan keyakinan diri bahawa menuntut ilmu agama itu mudah seumpama ilmu – ilmu yang lain juga.

3. lazimkan diri untuk menghadiri kuliah agama dan membaca buku bersifat ilmiah. Pastikan setiap pendapatyang dikemukakan disandarkan kepada dalil al – qur’an dan al – Sunnah, diikuti dengan hujah tokoh yang muktabar.Jauhi la kuliah/ buku yang hanya membicarakan agama tanpa dalil dan hujah.

4. beri perhatian dan keutamaan kepada para ustaz dan ustazah yang bergelar “junior”. Alhamdulillah, Negara kita memiliki ramai graduan tempatan maupun luar negara dalam jurusan agama yang mampu menyampaikan ilmu dengan menjauhi kaedah taqlid.

5. Berdoa kepada Allah agar diberi kecerdasan akal dan kemudahan fizikal untuk menuntut ilmu sebagimana firmanNya :

“ Wahai tuhanku, tambahlah ilmuku” [ Taha 20 : 114]


Wallahu'alam....

Wednesday, November 19, 2008

Haikal - Epilog Silam

Epilog Silam

Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing



Hadiah Buat Muslimah


HADIAH BUAT MUSLIMAH - Panduan asas Fiqah ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu 'Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinja', wudu', tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitanya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.


Hukum - Hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al -Qur'an dan hadis. Isu yag dibincangkan untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.


BAGAIMANAKAH MENGGUNAKAN BUKU INI?

  • Dijadikan bahan rujukan fardu ain untuk Muslimah seisi keuarga.
  • Dibaca selepas solat Subuh atau Maghrib berjemaah sebagai tazkirah.
  • digunakan sebagai modul dalam majis fardu ain dan usrah mingguan di pejabat, sekolah, surau dan masjid.
  • Dibacaan kepada anak gadis oleh ibu dan kepda adik perempuan oleh kakak.
  • Baca 4 muka surat sehari sebelum tidur malam.
  • Berikan sebagai hadiah kepada anak gadis anda atau murid perempuan anda.
  • Jadikan hadiah untuk hari pertunangan, perkahwinan, hadiah hri Jadi, dan ulangtahun perkahwnan.

p/s~ syukran jazilan to my lovely sister.. walaupun lama ana mengumpul duit untuk membeli buku ini, memang ingin beli sendiri tapi telah mendapat hadiah pula.sweet2.syukran atas kejutan ini. Tidak tersangka pula. Jazakillah!

Tuesday, November 18, 2008

Hari Yang Pasti

06 November 2008

Anti..

Bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada anti,
Tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
Ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu bercakap dgn anti,
Tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
Tika mana ana dan anti 'bukan' lagi 'ana' dan 'anti',
Di hari-hari yg pasti.

Bukan ana tidak mahu chatting dgn anti,
Tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut anti,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu mesej anti,
Tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
Tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati di waktu ini.

Bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk hari jadi anti,
Tapi ana bimbang hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk anti.
Tidak lagi,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu memandang wajah anti,
Tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti.
Hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin memandang wajah anti,
Tapi ana bimbang wajah ini tidak akan lagi memberikan senyuman di setiap pagi,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin memandang senyuman anti,
Tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
Di hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada anti,
Tapi ana selalu tersenyum di dalam hati,
Agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin di sarungkan di jari..


Anti..

Yakinlah,
Percayalah.

Bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada anti,
Tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.

Bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai anti,
Tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada Illahi,
Kerana ia bukan hari-hari yang pasti.

Kerana ia bukan hari-hari yang pasti,
Ana tidak mahu agar hati ana dan anti mati,
Lalu mematikan hubungan ana atau anti dengan ILLAHI.

Anti..
Intailah sebentar hari-hari yang pasti.

Tika itu,
Andai ana jatuh,
Anti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan.

Tika ana kesedihan,
anti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan.

Tika ana berseorangan, antilah teman.

Tika ana kelalaian, anti lah yang mengingatkan.

Tika itu,
Ana dan anti,
Bukanlah 'ana dan anti' lagi.

Kerana,
Ia adalah hari-hari yang pasti.

Berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
Hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran,
Dan itulah jalan yang telah islam berikan.

Selamat malam anti..

Moga kita dipermukan nanti,
Di hari-hari yang pasti,
Seperti yang Allahu Rabbi telah janji,
Bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati di hari-hari yang tidak pasti.

Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah
------------------------------------------------

"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku keranaMu dan DakwahMu! Ameen"

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu..




Monday, November 17, 2008

Pedoman - Pedoman Bermazhab dalam Islam...

Alhamdulillah... Walaupun buku ini sekadar buku pinjam a.k.a buku sewa tak berbayar, buku ilmu ini amat bermakna kerna ia telah meluaskan lagi skop pengetahuan ana dalam bidang pengajian islam...

Alhamdulillah, melalui buku ini,ana sempat 'berkenalan' secara tidak langsung dengan imam mazhab yang empat ini.. Al-Imam Abu Hanifah dari Kufah, Al-Imam Al- Syafi'e dari Gaza, Palestine, Al- Imam Maliki dari Madinah dan Al - Imam Hambali dari Basrah.

Secara umumnya, buku ini membincangkankan sebab - sebab perbezaan ajaran mazhab, sikap para imam mazhab menghadapi perbezaan sesama mereka, baik buruk bermazhab dan pedoman serta teladan yang patut kita praktikkan dalam menghadapi perbezaan mazhab...

Senarai bab dalam buku ini termasuklah :

1. Sejarah Kemunculan Mazhab.
2. Berkenalan Dengan Para Imam Mazhab.
3. Pegangan & Prinsip Para Imam Mazhab.
4. Sebab2 Wujudnya Perbezaan Pendapat Antara Para Imam Mazhab.
5. Teladan Para Imam Mazhab dalam Menghadapi Perbezaan Pendapat.
6. Bebera
pa Contoh Sikap Taksub Mazhab.
7. Perintah Allah Mentaati Al - Quran dan Rasul-nya.
8. Kepentingan Mazhab Kepada Umat Islam.
9. Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam.
10. Adakah Seruan " Kembali Kepada al - Quran dan al- Sunnah" Bererti Meninggalkan Ajaran Para Imam Mazhab?
11. Memilih - milih Antara Mazhab.
12. Berusaha Menjauhkan Taqlid.

Ekceli ana baru sampai bab 7.Insya Allah, sempat habis dalam masa terdekat ni dan boleh mengul
as keseluruhan isi kandungan buku ilmu ini.Amiiin.

p/s~ Syukran jazilan kepada tuan punya buku nih,sudi menyewakan bukunya tanpa cagaran...

Saturday, November 15, 2008

Kemalangan....

Kemalangan pada :

Tarikh :14 Nov 2008

Tempat : Flyover Sri Kembangan, Serdang.

Situasi Kemalangan : Dilanggar oleh Treler dari belakang semasa masuk simpang kiri.


Pengajaran: Jauhilah diri Anda dari treler, lori dan seumpama dengannya DAN baca dua' kenderaan serta selawat banyak2 sebelum memulakan sesuatu perjalanan walaupun tempatnya DEKAT

Friday, November 07, 2008

Selamat Bercuti...


Myspace Lover Letter

Tuesday, November 04, 2008

Semaian Kasih...

Dalam artikel kali ini, ana amat tertarik dengan kisah ikatan kasih seorang yang tidak asing dalam arena persada TV9..beliau tak lain dan tak bukan adalah juri Akademi Al - Quran terbitan TV9, iaitu Ustaz Nazri Abdullah dan isterinya.Artikel ini ana baca dari sumber salah satu majalah di rumah.


Berikut adalah al -kisah beliau :

Ustaz Nazri mengakui beliau dan isterinya, mozirisah mohd. zain tidak melalui proses cinta sama seperti orang lain.

" Selepas 3 tahun berada di Mesir, usia saya pun sudah mencecah 25 tahun. Ketika itulah saya memberitahu rakan sekelas hasrat hati untuk mendirikan rumah tangga. Saya minta tolong dia carikan calon lalu dia memberitahu isterinya. Selang beberapa hari, teman saya menunjukkan sekeping gambar seorang gadis.


KELUARGA BAGI SYARAT

" Sebaik menatapnya saya terus bersetuju. Lalu saya solat istikharah selama seminggu dan berdoa. Selama itulah hati saya tenang dan tenteram. Saya kira itulah petanda jodoh saya.

" yang lucunya, sewaktu berdoa saya lupa nama isteri. Maklumlah namanya memang sukar untuk disebut apalagi diingati. Kemudian, saya beritahu sahabat saya untuk melihatnya. Pertemuan diatur di rumah sahabat dan isteri saya ke rumahnya. Saya pula ambil peluang melihat isteri dengan menyembunyikan diri di rumah mereka. Lalu saya beritahu keluarga di Malaysia untuk pergi meminang dan menikahinya. Tetapi hasrat saya ditolak oleh keluarga sebelah isteri yang bimbangkan pelajaranya terganggu. Tetapi saya tidak putus asa dan menghantar rombongan meminang dengan menyatakan bertunang dahulu. Kali ini keluarga sebelah isteri memberi syarat hanya boleh menikah selepas isteri habis belajar iaitu selepas 2 tahun. Saya pula minta agar pertunangan dipendekkan menjadi setahun dan mereka bersetuju."


" Namun hal itu tidak berlaku kerana saya tidak mahu bertunang terlalu lama lalu kami bernikah selepas sebulan bertunang. Segala urusan pernikahan dilakukan oleh saya sendiri dengan bantuan rakan - rakan di Mesir. Walaupun tanpa kehadiran kedua belah pihak, majlis tetap berlangsung dengan meriah dan sederhana." ujarnya bercerita mengenai kisah perkenalan ringkas yang berakhir di jinjing pelamin itu.


SUAMI RAJIN MEMBANTU

Sementara isterinya yang berasal dari Perak memberitahu ketika berada di tahun kedua Syariah Univ Al - Azhar, seorang sahabat memberitahu ada orang ingin berkenalan dan sudah tentu beliau agak terkejut.


" Sahabat ini tadi menunjukkan gambar suami dan setelah melihat gambarnya tanpa teragak - agak terus bersetuju. Saya tidak membuat solat istiqarah sebaliknya saya selidik latarbelakangnya melalui kawan - kawan."


" Suami saya tabah, bersungguh - sungguh dalam melakukan sesuatu, sentiasa memajukan diri, ringan tulang, dan pandai mengambil hati dengan gurauannya.


Ketika dalam pantang bersalin anak pertama (pasangan kembar), tanpa disuruh dia akan membantu saya membasuh, menyidai pakaian, memasak, mengemas rumah dan mejaga anak kembar kami. Setiap pagi sebelum ke kelas, dia akan menjemur pakaian terlebih dahulu. Pulang dari belajar dia akan memasak dan mengemas rumah. Sememangnya dia seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.


Sudah tentu dengan segala kurniaan Allah ini melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada 4 orang cahaya mata" ujarnya anak sulung daripada 6 adik beradik ini.

~Majalah MW~

Wednesday, October 29, 2008

Figur: Omar Mokhtar, singa padang pasir digeruni musuh

Susunan Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Oct 27, 08 | 12:06:11 pm MYT


Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa�id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." - lanh _