Monday, October 27, 2008

Kisah Anak Singa...

Al - Kisahnya...

Warghhh! Singa dewasa itu mengaum lalu bertempik ke arah 2 ekor anak singa itu. Singa dewasa berkata, "mari ikut aku ke sungai berhampiran!!!"

Sampai saja di sungai, si singa dewasa mengarahkan anak-anak singa untuk melihat ke dalam air. Maka, berlakulah dialog di bawah antara mereka (selepas dialih bahasa ke bahasa melayu)

singa dewasa: lihat lah ke dalam air sungai. apa yang kamu nampak?

anak singa 1: kami nampak singa.

anak singa 2: ya, singa.

anak singa 1: kami kan singa, mestilah kami nampak reflection singa.

anak singa 2: ya ya. kami singa!

singa dewasa: kamu panggil diri kamu singa???!!!

Persoalan....

Tahukah kawan-kawan mengapa singa dewasa ini begitu berang sekali? Sebenarnya begini; singa dewasa ini nampak anak singa berdua ini begitu gembira bermain-main dengan kambing biri-biri di padang tadi. bukan itu saja, mereka (anak-anak singa) ini makan rumput! Lebih memeranjatkan, ngauman mereka bukan ngauman seekor singa. Ngauman mereka berbunyi embekan kambing biri-biri. Dalam kata lain, mereka mengembek!


Jawapan...


Anak-anak singa tadi begitu selesa hidup bersama kumpulan kambing biri-biri itu, hingga terlupa identiti dirinya; makan rumput dan mengembek. Singa dewasa sangat marah kerana ia rasakan anak-anak singa tersebut dah lupa "tugas" mereka sebagai singa. Mereka lupa bahawa mereka adalah karnivor. Mereka lupa mereka adalah pengguna teratas dalam rantaian makanan. Mereka sepatutnya makan kambing biri-biri itu, bukan rumput! Mereka sepatutnya mengaum, bukan mengembek! Sungguh, telah jatuh sejatuh-jatuhnya maruah anak-anak singa tadi kerana tidak hidup dengan tujuan asalnya diciptakan


Pengajaran....


Cuba kawan-kawan gantikan senario anak-anak singa tadi kepada senario kehidupan manusia. Manusia yang terlupa akan tujuannya diciptakan, tak ubah seperti anak-anak singa tadi. Mengaku manusia, tapi tak kenal identiti sendiri. Mengaku manusia, tapi tak kenal tugas sebagai manusia. Seperti anak-anak singa tadi, jatuhlah martabat sebagai manusia andainya tak hidup dengan tujuan asal diciptakan.


Mari kita rujuk manual yang Allah turunkan;

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat: 56]


Nah. Bagi yang terlupa, inilah peringatannya. Bagi yang tak kenal tugas sebagai manusia, inilah panduannya. Tidaklah kita hidup di dunia ini melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ayuh, kembalikan identiti kita. Jangan sampai jadi seperti anak-anak singa tadi. Nauzubillahi min zaalik.


Semoga menjadi "singa" yang gagah perkasa.

Posted by Anak Singa

http://maams87.blogspot.com

0 Respon Anda?: