Wednesday, October 29, 2008

Figur: Omar Mokhtar, singa padang pasir digeruni musuh

Susunan Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Oct 27, 08 | 12:06:11 pm MYT


Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa�id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini." - lanh _

Tuesday, October 28, 2008

Kisah Sedih

Ada tiga orang sahabat si Abu, si Bakar dan si Chairu, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka pun pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik terpadam dan lif tidak berfungsi.

si Abu: Macam mana ni, rumah kita plak atas sekali?
si Bakar: Aduhhhh. Bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si Chairu: Aku rasa baik kita panjat tangga aje. Kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si Abu: Aku ada satu idea! Kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje. Sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas bila kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, maka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita...

si Abu: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punya la sedih mereka mendengar cerita si Abu hingga nangis meleleh-leleh. Sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata. Kemudian mereka kembali memanjat sambil si Bakar pula bercerita...

si Bakar: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga nangis meleleh sedih. Punyalah lama cerita si Bakar dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi. Sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si Chairu: Alaaaaaa... Korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
si Abu: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si Chairu: Emmmm... Mungkin hari ini dalam sejarah...
si Bakar: Cerita aje le. Kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si Chairu: Aku sedih kerana...

.. KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA... UWAAAAAA!!!


Jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih huhu

Monday, October 27, 2008

Kisah Anak Singa...

Al - Kisahnya...

Warghhh! Singa dewasa itu mengaum lalu bertempik ke arah 2 ekor anak singa itu. Singa dewasa berkata, "mari ikut aku ke sungai berhampiran!!!"

Sampai saja di sungai, si singa dewasa mengarahkan anak-anak singa untuk melihat ke dalam air. Maka, berlakulah dialog di bawah antara mereka (selepas dialih bahasa ke bahasa melayu)

singa dewasa: lihat lah ke dalam air sungai. apa yang kamu nampak?

anak singa 1: kami nampak singa.

anak singa 2: ya, singa.

anak singa 1: kami kan singa, mestilah kami nampak reflection singa.

anak singa 2: ya ya. kami singa!

singa dewasa: kamu panggil diri kamu singa???!!!

Persoalan....

Tahukah kawan-kawan mengapa singa dewasa ini begitu berang sekali? Sebenarnya begini; singa dewasa ini nampak anak singa berdua ini begitu gembira bermain-main dengan kambing biri-biri di padang tadi. bukan itu saja, mereka (anak-anak singa) ini makan rumput! Lebih memeranjatkan, ngauman mereka bukan ngauman seekor singa. Ngauman mereka berbunyi embekan kambing biri-biri. Dalam kata lain, mereka mengembek!


Jawapan...


Anak-anak singa tadi begitu selesa hidup bersama kumpulan kambing biri-biri itu, hingga terlupa identiti dirinya; makan rumput dan mengembek. Singa dewasa sangat marah kerana ia rasakan anak-anak singa tersebut dah lupa "tugas" mereka sebagai singa. Mereka lupa bahawa mereka adalah karnivor. Mereka lupa mereka adalah pengguna teratas dalam rantaian makanan. Mereka sepatutnya makan kambing biri-biri itu, bukan rumput! Mereka sepatutnya mengaum, bukan mengembek! Sungguh, telah jatuh sejatuh-jatuhnya maruah anak-anak singa tadi kerana tidak hidup dengan tujuan asalnya diciptakan


Pengajaran....


Cuba kawan-kawan gantikan senario anak-anak singa tadi kepada senario kehidupan manusia. Manusia yang terlupa akan tujuannya diciptakan, tak ubah seperti anak-anak singa tadi. Mengaku manusia, tapi tak kenal identiti sendiri. Mengaku manusia, tapi tak kenal tugas sebagai manusia. Seperti anak-anak singa tadi, jatuhlah martabat sebagai manusia andainya tak hidup dengan tujuan asal diciptakan.


Mari kita rujuk manual yang Allah turunkan;

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat: 56]


Nah. Bagi yang terlupa, inilah peringatannya. Bagi yang tak kenal tugas sebagai manusia, inilah panduannya. Tidaklah kita hidup di dunia ini melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Ayuh, kembalikan identiti kita. Jangan sampai jadi seperti anak-anak singa tadi. Nauzubillahi min zaalik.


Semoga menjadi "singa" yang gagah perkasa.

Posted by Anak Singa

http://maams87.blogspot.com

Sunday, October 26, 2008

Indahnya Pernikahan Islami

Mewujudkan Pernikahan Islami
Depan
Indahnya Pernikahan Islami
Membentuk Keluarga Bahagia di Atas Al Quran dan As Sunnah

Ebook Nikah
Sumber : Majalah Asy Syariah -http://asysyariah.com-
Compiled by Akhukum Fillah Abu Harun As Salafy

Mewujudkan Pernikahan Islami


Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memaknakan dalam haditsnya, menikah adalah menyempurnakan setengah dari agamanya. Ungkapan ini menegaskan betapa pernikahan menduduki posisi yang mulia dalam Islam. Ia bukan sekadar lembaga untuk menghalalkan “aktivitas ranjang”. Namun lebih dari itu. Menikah merupakan babak baru dari seorang individu muslim menjadi sebentuk keluarga di mana ia akan menegakkan syariat agama ini bukan hanya untuk dirinya sendiri namun juga terhadap pasangan hidupnya, anak-anaknya, dst.

Nilai kemuliaan atau kesakralan pernikahan dalam Islam juga tecermin dari “prosesi” pendahuluan yang juga beradab. Islam hanya mengenal proses ta’aruf. Bukan praktik iseng atau coba-coba layaknya pacaran. Namun dilambari niatan yang tulus untuk berumah tangga sebagai bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala diringi dengan kesiapan untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan dari pasangan hidupnya. Bukan niatan-niatan duniawi seperti mengejar materi, menutup aib, mengubur rasa malu, atau sekadar pelarian dari “patah hati”.

Islam juga mengatur proses walimah atau resepsi pernikahan yang menonjolkan nuansa kesederhanaan dengan diliputi tuntunan syariat. Bukan mengukuhi adat, tidak pula kental dengan tradisi Barat. Walimah dalam Islam, bukanlah hajatan yang sarat gengsi sehingga menuntut sahibul hajat untuk menyelenggarakan di luar kemampuannya.


Walimah nikah juga tidaklah dimaknai sebagai acara jual beli yang memperhitungkan untung rugi atau minimalnya “balik modal”, sebagaimana hal ini tecermin dalam budaya amplop. Sehingga yang diundang tidak dibedakan antara yang “beramplop tebal”, “tipis”, atau bahkan yang “tidak beramplop sama sekali”. Alhasil, tidak berlaku kaidah “yang penting bukan orangnya yang datang (untuk mendoakan), namun amplopnya.” Bahkan sebagaimana disitir dalam hadits, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut makanan dari walimatul ‘urs yang hanya mengundang orang-orang kaya sebagai sejelek-jelek makanan.


Lebih-lebih jika itu semua dibumbui acara-acara yang tidak memiliki makna
secara Islam seperti (dalam adat Jawa) siraman, ngerik, midodareni, jual dawet, panggih, balang suruh, nginjak telur, dan sebagainya. Atau yang sok kebarat-baratan (baca: latah) dengan standing party (pesta berdiri), tukar cincin, lempar bunga, berciuman di depan tamu undangan, dansa, atau yang sekadar menyuguhkan “hiburan” berupa musik (organ tunggal).


Namun demikian, soal kemungkaran dalam proses menikah ini tidak hanya terjadi dalam dunia awam. Di kalangan aktivis atau pergerakan Islam juga tak sepi dari kemungkaran. Dalam niat, tak sedikit dari mereka yang meniatkan menikah karena ingin lari dari ”masa lalu”, semata menghindari orangtua yang dianggap jauh dari nilai- nilai Islam, dan sebagainya. Dalam tataran praktik ada yang mengawali proses nikah dengan pacaran ”Islami”, saling tukar foto, biro jodoh ”Islami”, hingga menikah tanpa wali.


Sebaliknya, ada pula kelompok sempalan Islam yang justru mengajarkan untuk hidup membujang atau selibat sebagaimana ini telah dilakoni para pastor, frater, bruder, suster, biksu/biksuni, biarawan/biarawati, rahib, dan sejenisnya. Itulah salah satu inti ajaran Sufi. Membiaklah dari gaya hidup menyimpang ala “rohaniwan-rohaniwan” ini, beragam kelainan seperti homoseks, pedofilia, incest (hubungan seks sedarah), dan lainnya.


Tak kalah “kacau balau”, adalah apa yang menjadi amalan ibadahnya orang-orang Syiah Rafidhah, yakni nikah mut’ah. Model pernikahan yang umum disebut dengan kawin kontrak ini praktiknya justru menjadi pintu perzinaan yang dikemas legal. Tak heran, jika ada orang-orang yang diulamakan atau ditokohkan tertangkap basah melakukan perzinaan, alasan nikah mut’ah kerap mengemuka.

Begitulah ketika fitrah agama ini dilanggar. Perzinaan semakin subur, perilaku seksual menyimpang kian meluas, dan kerusakan masyarakat pun menjadi bom waktu. Maka sudah masanya bagi kita untuk menghidupkan syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala, mewujudkan pernikahan Islami di tengah masyarakat kita!

Friday, October 24, 2008

Strength....

Assalammua'laikum wrh wbt.

Strength and patience.. That's what i need in 3 month..I'm pleading to Allah s.w.t. that i really need those..

I dont know why but somehow I feel that my language skills is getting worse especially when I'm with the thesis, lecturer, and my lucky supervisor... But, nah..When I think about it again, even my Bahasa sounds horrible sometimes. I've got this problem where I have everything all set in my head and I tend to burst out everything in one breath. And there you go..But i really want to give my syukran jazilan to my kamus, my rumet (ur patience and stay up with me ,even kita bergilir - gilir bangun malam..), my frenz (ur understanding my condition) and the person who give your translation servis to me ( RM3juta for 1 servis?? 0_O am i right what i read ur SMS..i hope you're just kidding..XD)


O Allah s.w.t. grant me the ability to deal with people around me as You granted to prophet Musa A.S. wisdom of speech. ^_^

At the moment, my head is whirling thinking of my choice for LI next sem on December. I'm still on Hajat.That also because i'm searching rumah sewa yang islamik too. Feels like I know what I'm going to do...But, still need to get light from HIM.

Be strong ok!

Wednesday, October 22, 2008






Assalammua'alaikum wrh wbt.



A'fwan jiddan buat sahabat - sahabat sekalian...

Terlebih dahulu, ana nak ucapkan salam kejayaan & kecemerlangan kepada yang bakal bertarung dengan perjuangan di medan kertas putih bersama pensel 2B serta pen kilometrico..



Bagi yang sudi mengundang ana sempena bulan syawal ni, a'fwan jiddan tersangat, ana terpaksa minta jasa baik untuk di'postpone' ke hari yang sesuai..my precious thesis terpaksa ana diambil kira..nanti tak dapat graduate tahun ni,pengsan pulak nanti..oleh itu, syukran jazilan wa jazakumullah khairan jaza buat sudi yang memahami kesibukan ana yang di tahap genting ini.. =)

Untuk kesempatan yang ada ni,ada artikel santai yang menarik di malam yang tak berapa terang ni untuk tatapan sahabat sekalian...


*mungkin artikel ini pernah diketahui umum..tapi artikel ini masih menarik untuk diketengahkan...*

Kisah lobak, telur dan kopi...





Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannnya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang.Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.







Ayahnya seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruhkan lobak merah didalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di dalam periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.






Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk yang lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, Apa yang kau lihat, nak? Lobak, telur dan kopi, jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu, si anak bertanya; Apa erti semua ini, ayah?



Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.



Kamu termasuk yang mana? Tanya ayahnya. Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi? Bagaimana dengan diri kita?


Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri. Atau apakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100darjah celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keaadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.










"insya allah....."







Tuesday, October 21, 2008

Selamat Bermujahadah Menghadapi Final Imtihaan...!



Alhamdulillah...pejam celik..pejam celik..pejam celikk..Sudah hampir 3 minggu dalam bulan Syawal...Peperiksaan akhir pun menjelang...bittaufiq wan najah buat semua yang bergelar tilmiz wa tilmizah..

Buat rakan seperjuangan yang seangkatan dengan ana dalam persiapan tesis projek tahun akhir,sama2 lah kita bersengkang mata dan mem'bulat'kan mata di depan kompter bertemankan meja dan kerusi.. XD

Tuesday, October 14, 2008

Bertengkar..

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ni?" lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata, "Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya nak ikut awak keluar dari rumah ini!"


Monday, October 13, 2008

Aku Takut menikah Karena Belum....

1. Belum Bekerja

Inilah masalah klasik seputar menikah, terutama bagi pihak pemuda. Ketika sudah merasa cocok dengan seorang muslimah, dan jika ditunda-tunda bisa berakibat buruk, ternyata si Pemuda belum punya pekerjaan untuk menghidupi keluarga kelak. "mau dikasih makan apa anak dan istri kamu, dikasih cinta doang ?!?" Begitulah perkataan sinis yang senantiasa terngiang-ngiang ditelinganya.

Seorang laki-laki memang merupakan tulang punggung dalam sebuah keluarga. Menghidupi seluruh anggota keluarga adalah tangging jawabnya. Rasulullah bersabda, yang artinya, "Bertaqwalah kepada Allahdalam memperlakukan wanita. Sebab kamu mengambilnya dengan amanat allah dan farjinya menjadi halal bagi kamu dengan kalimat Allah. (Menjadi) kewajiban kamu untuk memberi rizki dan pakaiannya dengan cara yang baik." (HR.Muslim)

Dengan demikian, penghasilan dalam suatu keluarga memang diperlukan. Namun sebenarnya, tidak berarti belum kerja kemudian tidak boleh menikah. Allah SWT berfirman, yang artinya, "Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian (belum menikah) diantara kamu, dan orang-orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamuyang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surat An-Nur : 32)

Penghasilan bisa dicari setelah menikah. Yang pertama kali harus dilakukan adalah percaya dan yakin akan janji Allah pada firman-Nya di atas. Tak sedikit pemuda yang susah mencari kerja sebelum menikah, tapi setelah menikah ternyata banyak tawaran kerja dan peluang kerja.

Sebagai persiapan sebelum menikah, kesungguhan dalam menuntut ilmu dunia agar kelak mudah mendapatkan penghidupan yang baik pula untuk dilakukan. Walaupun tak selamanya relevan, kuliah yang baik dan dan prestasi yang bagus masih merupakan suatu modal yang dapat diandalkan dalam mencari kerja. Bagaimana kalau kuliah sudah terlanjur tidak karuan ? Jika sudah begini perlu juga pegang prinsip bahwa pekerjaan kelak tidak harus sesuai dengan bidang yang dipelajari saat ini. Banyak yang dapat rejeki lumayan dari bekerja dalam suatu bidang yang dulu tidak pernal dipelajari dalam jenjang pendidikan formal.

Persiapan lain yang bisa dilakukan adalah kuliah sambil kerja. Sembari menabung, juga bisa untuk jaga-jaga apabila ketika lulus nanti tidak langsung diterima bekerja sesuai bidang yang dipelajari.

2. Belum Lulus

Berbeda dengan yang pertama, masalah yang satu ini bisa menjadi penghalang bagi pihak pemuda dan pemudi. Mungkin seseorang sudah bekerja atau sudah punya prinsip untuk mencari kerja setelah menikah namun ia ragu untuk menikah gara-gara belumlulus kuliah. Bisa jadi pula yang punya alasan seperti ini sang pemudi pujaan hatinya. Bayangan kuliah sambil menikah baginya tampak menyeramkan. Kuliah sambil mengurus diri sendiri saja sudah repot apalagi jika harus ditambah tanggung jawab mengurus orang lain. Ditambah kalau si buah hati sudah lahir dan belum juga lulus kuliah, tampaknya akan tambah repot.

Sebenarnya, menikah tidaklah selalu mengganggu kuliah. Malahan hadirnya pendamping hidup baru bisa menambah semangat utuk belajar. Bisa jadi, sebelum menikah malas-malasan belajarnya, ketika sudah menikah malah tambah semangat dan tambah rajin untuk belajar. Tidak sedikit yang mengalami perubahan demikian, apalagi secara peraturan akademik seorang mahasiswa sudah diperbolehkan untuk menikah. Seorang mahasiswa sudah tidak dianggap ABG (Anak Baru Gede) lagi, tapi AUG (Anak Udah Gede) alias sudah dewasa. Seorang yang sudah dewasa dianggap sudah bisa bertanggung jawab apa yang menjadi pilihan hidupnya.

Memang benar untuk tetap mengadakan persiapan jika mengambil jalan menikah di saat masih kuliah. Yang pertama harus disadari adalah bahwa hidup berkeluarga adalah berbeda dengan hidup sendirian. Tidak pantas jika orang yang sudah menikah tetap bebas, lepas, menelantarkan keluarganya sebagaimana dulu bisa ia lakukan ketika masih lajang. Orang yang menikah sambil kuliah juga harus pandai-pandai mengatur waktu antara tanggung jawabnya dalam keluarga dan dalam belajar. Selain waktu, manajemen pemikiran juga solid, karena begitu menikah masalah-masalah dulu yang belum ada mendadak bermunculan secara serentak. Bagaimana memahami pasangan hidup baru, bagaimana jika hamil dan melahirkan, bagaimana mendidik anak, bagaimana mencari rumah -nebeng mertua atau cari kontrakan-, bagaimana bersikap kepada mertua, tetangga dan lain-lain, apalagi masih harus memikirkan pelajaran.

Pusing....? Semoga tidak. Sebenarnya menikah sambil kuliah bisa disiapkan sejak hari ini, bahkan juga sudah sejak SD. Modal awalnya adalah manajemen diri sendiri. Ketika seorang sudah sejak dahulu berlatih untuk hidup mandiri, akan mudah baginya untuk hidup berkeluarga. Misalnya saja sudah sejak SD bisa mencuci pakaian dan piring sendiri, mengatur waktu belajar, berorganisasi, dan bermain, mengatur keuangan sendiri, dan sebagainya. Kesiapan juga bisa diraih jika seseorang biasa menghadapi dan memecahkan problem hidupnya. Karena itu perlu organisasi dan bersaudara dengan orang lain, saling mengenal, memahami orang lain dan membantu kesulitannya.

3. Belum Cocok

Mungkin pula sudah lulus, sudah kerja, sudah berusaha cari calon pasangan tapi merasa belum menemukan pasangan yang cocok, sehingga belum jadi menikah pula, padahal sudah hampir tidak tahan ! Ini juga merupakan masalah yang bisa datang dari kedua belah pihak, baik pihak pemuda maupun pemudi. Kecocokan memang diperlukan. yang jadi ertimbangan dasar dan awal tetntu saja faktor agama, yaitu aqidah dan akhlaknya. Allah berfirman, yang artinya :

"Mereka (perrempuan-perempuan mukmin) tidak halal bagi laki-laki kafir. Dan laki-laki kafir pun tidak halal bagi mereka." (Al-Mumtahanah : 10)

Rasulullah juga bersabda, "Wanita itu dinikahi karena 4 hal : karena kecantikannya, karena keturunannya, karena kekayaannya, dan karena agamanya. Menangkanlah dengan memilih agamanya maka taribat yadaaka (kembali kepada fitrah atau beruntung)." (HR. Al-Bukhari, Muslim, dan lain-lain)

Keadaan yang lain adalah nomor dua setelah pertimbangan agama. Namun kebanyakan di sinilah ketidakcocokannya. Sudah dapat yang agamanya bagus tapi kok nggak cocok pekerjaannya, nggak cocok latar belakang pendidikannya, nggak cocok hobinya, warna matanya kok begitu, pakai kacamata, kok hidungnya...dan lain-lain.

Kalau mau mencari kekurangan tiap orang pasti punya kekurangan karena tidak ada manusia yang diciptakan secara sempurna. Sudah cantik, kaya, keturunan bangsawan, pandai, rajin, keibuan, penyayang, tidak pernah berbuat salah.

Ketika seorang pemuda atau pemudi sudah mau menikah, memang seharusnya cari tahu dulu tentang calon pasangan hidupnya ke sahabatnya, saudaranya atau ustadznya, atau yang lainnya, baik kelebihan maupu kekurangannya. Jika sudah tahu, tanyakan pada diri sendiri, apakah bisa menerima dan memaklumi kekurangan serta kelebihan si dia. Rasulullah bersabda, yang artinya,

"Janganlah seorang mukmin laki-laki membenci mukmin perempuan. Bila dia membencinya dari satu sisi, tapi akan menyayang dari sisi lain." (HR.Muslim)

Jadi, jangan hanya melihat kekurangannya saja, tapi juga perlu melihat kelebihannya. Ketika kekurangan sudah bisa diterima, kelebihan akan lebih bisa menimbulkan perasaan suka. Karea itu, jangan sampai sulit nikah karena dibikin sendiri.

4. Belum Mantap

Masalah satu ini juga bisa terjadi pada tiap orang pihak pemuda, pihak pemudi, baik yang sudah kerja atau yang belum, baik sudah lulus atau belum. Pertama kali, perlu diselidiki belum mantapnya itu karena apa, karena tak sedikit yang beralasan belum mantap, ketika ditelusuri larinya juga menuju ketiga masalah 'belum' di atas.

Namun ada juga yang belum mantap karena memang merasa persiapan dirinya kurang baik ilmu tentang pernikahan, keluarga, dan pernik-pernik di sekitarnya. Orang seperti ini malah tidak memusingkan masalah ketiga 'belum' di atas, karena memang dia merasa belum siap dan belum mampu.

Solusinya tidak lain adalah mementapkan dan mempersiapkan diri. Hal ini bisa ditempuh lewat menuntut ilmu tentang pernikahan, dan keluarga, baik dengan menghadiri pengajian, yang membahas masalah tersebut atau dengan membaca buku-buku mengenainya. Penting pula untuk menimba pengalaman kepada orang yang sudah menikah, karena kadang-kadang buku-buku dan ceramah ilmiah dan formal tidak membahas masalah praktis yang detail yang diperlukan agar siap menikah.

Sunday, October 12, 2008

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya.


Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua,
tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.
Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak",
wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"


Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya

Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan "Kejayaan!"


~Tazkirah Sahsiah~
Aisyah_Iman

Sunday, October 05, 2008

Mulakan harimu dengan....


Selamat mengharungi perjuangan kehidupan...

Bismillahi RAhmannir RAhiiim...


Hiasi dirimu dengan senyuman...


Cekalkan hati dengan segunung ketenangan...


Badai Ujian hanyalah bukti kasih sayangNya

Tingkatkan motivasi diri seng " Saya Boleh!!" p(^_^)q


Semoga kejayaan, kegembiraan & kebahagiaan dalam genggaman jiwa!!!




Bila dah bersemangat, mood happy dah upgrade..semua kerja jadi senang..alhamdulillah.. ^_^



Kemudian,ingat kata-kata emas ni:
Bak kata warga Jepun, "Ganbatte ne!"
Bak kata wong Jowo, "ambik seng apik - apik yo"
Bak kata warga Cina, "Chayok! Chayok!"
Bak kata warga Korea, " Aja, Aja Fighting!!"
Bak Kata warga omputih, " All Da Best!!"
Bak kata warga Malaya, " Berusahalah!!"
Bak kata warga Islam, " Allahu akbar!!"

------------------------------------------v(^_^)------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, October 04, 2008

Kerana -Nya Kita Bertemu

Kerana -Nya Kita Bertemu - Suara Hati

Pertemuan…

di antara dua insan

sering membuahkan kasih dan sayang

ukhuwwah antara kita anugerah Yang Esa

menuju cinta yang abadi…

Pencarian…

erti kasih dan sayang

pastinya ada jiwa yang terkorban

kerna di landa dilema di tengah persimpangan

cintakan Allah (SWT) atau manusia…

Percintaan itu fitrah manusia

dipenuhi untuk mencari redha Ilahi

jika cinta tak berpandu turuti hawa dan nafsu

musnahlah bunga hiasan diri

Perpisahan…

sekadar menguji kita

apakah kita tabah dengan ketentuanNya

cintaku hanya Yang Satu

kita pasti kan bertemu

kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa

biar terpisah jika itu kehendak-Mu

mendidik nafsuku menundukkan mazmumah

janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki

kerana itu hanyalah sifat-Mu

menjauhkan diriku dari sifat kehambaan

pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita

bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya

Pencarian…

erti kasih dan sayang

pastinya ada jiwa yang terkorban

kerna di landa dilema di tengah persimpangan

cintakan Allah (SWT) atau manusia

Percintaan itu fitrah manusia

dipenuhi untuk mencari redha Ilahi

turuti cinta yang fana bersalut kepuraan

cinta Ilahi itu yang abadi

Perpisahan…

sekadar menguji kita

apakah kita tabah dengan ketentuan-Nya

cintaku hanya Yang Satu

kita pasti kan bertemu

kerana pertemuan dan perpisahan itu milik-Nya sentiasa…

Biar terpisah jika itu kehendak-Mu

mendidik nafsuku menundukkan mazmumah

janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki

kerana itu hanyalah sifat-Mu

menjauhkan daku dari sifat kehambaan

pertemuan dan perpisahan bukannya milik kita

bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya

cinta Ilahi itu yang abadi

bertemu dan berpisah

hanya kerana-Nya…