Tuesday, March 20, 2012

Blog Pun Ade Peribahasa....hehe

Assalammualaikum...
Pernah dengar peribahasa baru terbitan dari peribahasa yang dah sedia ada? 
Saya terjumpa entri peribahasa blog...hehe kelakar & refreshing....ada juga peribahasa yang tertembak kat saya tersendiri hihi....



1. Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
Sayangkan blog update-updatekan.

2. Lain padang, lain belalang
Lain blog, lain follower.

3. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
Blog orang dilawati, blog sendiri terbiar bersawang.

4. Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan follower, follower tak mahu singgah.

5. Kalau seekor ayam tak berkokok, hari siang juga.
Kalau seorang blogger tak buat entri, blog jalan juga.

6. Bagai pahat dengan penukul.
Bagai blogger liat nak update.

7. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Jangan buat blog, jika takut kena kutuk.

 8. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang berblogwalking, biar sampai tengah malam.

9. Biar mati anak, jangan mati adat. 
Biar mati road tax kereta,  jangan berhenti berblog.

10. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. 
Kerana marahkan Cik Anon, blog tidak lagi di pedulikan.

11. Kerana telur sebiji riuh sekampung
Kerana dapat pelawat lebih 10 orang, riuhnya macamlah sejuta.

12. Indah khabar dari rupa. 
Indah gambar profil dari rupa sebenar. 

13. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Diam-diam blogger hilang Gliteriti (Nuffnang). 

14. Bagaikan resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Bagaikan resmi blogger, makin diam makin pedas. 

15. Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Bagaimana gayabahasanya, begitulah peribadi tuannya.

16. Bagikan aur dengan tebing. 
Bagaikan bloggers dengan followers.

17. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. 
Jangan disangka entri yang pendek, tiada mesej. 

18. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Biar update sebaris, jangan langsung tak update.

19. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
 Keyboard sudah di tangan, line sudah clear.

20. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Teruskan berblog walaupun sampai terlentang.


21. Sediakan payung sebelum hujan.
Mantapkan  idea sebelum buat entri.

22. Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.
Kerana entri - orang terasa, kerana komen - kita sakit jiwa.


23. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Sedangkan suami isteri lagi bergaduh, inikan pula dengan follower. 



24. Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Bagaikan follower bertambah selepas kontes. 

25. Ada udang disebalik batu.
Ada Cik Anon di kalangan pengunjung.

26. Tak kenal maka tak cinta. 
Tak follow maka tak suka. 

27. Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai berblog tiada pembaca.
28. Bagai duri dalam daging.
Bagai komen Cik Anon yang menyakitkan hati. 

kredit kepada PakNgah

 p/s~ saya suka peribahasa yang bernombor 17 & 18 =) sebab entri sendiri saya memang pendek-pendek  saja buat masa ni.....

0 Respon Anda?: