Wednesday, March 28, 2012

Warkah Sanggar Kasih.....


Abang,
Ingin sayang berlayar
Jauh ke lautan cinta
Untuk jejaki hatiku di sana
Biarpun hingga ke serata alam...

Abang,
Ingin sayang berlabuh
di dasar hatimu sedalamnya
Kerna kuingin menemani hidupmu
Hingga ke perlabuhan abadi.....

Tuesday, March 20, 2012

Blog Pun Ade Peribahasa....hehe

Assalammualaikum...
Pernah dengar peribahasa baru terbitan dari peribahasa yang dah sedia ada? 
Saya terjumpa entri peribahasa blog...hehe kelakar & refreshing....ada juga peribahasa yang tertembak kat saya tersendiri hihi....



1. Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
Sayangkan blog update-updatekan.

2. Lain padang, lain belalang
Lain blog, lain follower.

3. Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
Blog orang dilawati, blog sendiri terbiar bersawang.

4. Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan follower, follower tak mahu singgah.

5. Kalau seekor ayam tak berkokok, hari siang juga.
Kalau seorang blogger tak buat entri, blog jalan juga.

6. Bagai pahat dengan penukul.
Bagai blogger liat nak update.

7. Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.
Jangan buat blog, jika takut kena kutuk.

 8. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang berblogwalking, biar sampai tengah malam.

9. Biar mati anak, jangan mati adat. 
Biar mati road tax kereta,  jangan berhenti berblog.

10. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. 
Kerana marahkan Cik Anon, blog tidak lagi di pedulikan.

11. Kerana telur sebiji riuh sekampung
Kerana dapat pelawat lebih 10 orang, riuhnya macamlah sejuta.

12. Indah khabar dari rupa. 
Indah gambar profil dari rupa sebenar. 

13. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Diam-diam blogger hilang Gliteriti (Nuffnang). 

14. Bagaikan resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Bagaikan resmi blogger, makin diam makin pedas. 

15. Bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
Bagaimana gayabahasanya, begitulah peribadi tuannya.

16. Bagikan aur dengan tebing. 
Bagaikan bloggers dengan followers.

17. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. 
Jangan disangka entri yang pendek, tiada mesej. 

18. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Biar update sebaris, jangan langsung tak update.

19. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
 Keyboard sudah di tangan, line sudah clear.

20. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Teruskan berblog walaupun sampai terlentang.


21. Sediakan payung sebelum hujan.
Mantapkan  idea sebelum buat entri.

22. Kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.
Kerana entri - orang terasa, kerana komen - kita sakit jiwa.


23. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Sedangkan suami isteri lagi bergaduh, inikan pula dengan follower. 



24. Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Bagaikan follower bertambah selepas kontes. 

25. Ada udang disebalik batu.
Ada Cik Anon di kalangan pengunjung.

26. Tak kenal maka tak cinta. 
Tak follow maka tak suka. 

27. Bagai bertepuk sebelah tangan.
Bagai berblog tiada pembaca.
28. Bagai duri dalam daging.
Bagai komen Cik Anon yang menyakitkan hati. 

kredit kepada PakNgah

 p/s~ saya suka peribahasa yang bernombor 17 & 18 =) sebab entri sendiri saya memang pendek-pendek  saja buat masa ni.....

Sunday, March 04, 2012

Isteri Perabis Duit Suami? [ Apa Pandangan Ustaz Azhar Idrus]

Sangat tertarik dengan jawapan yang diberikan ;)

Soalan: 
Kenapa wanita suka berbelanja..?
Isteri saya janji, 'sekali ni je..sekali ni je...'
Tapi beli jugak...

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:
Wanita ni mcm budak2, suke membeli...
Contohnye budak2, pantang tgk mainan terus je nak, padahal mainan dh byk kt umah...
Mcm tu jugak wanita,
padahal baju, kasut byk je dlm almari yg tak pakai lg, tapi nak beli lagi...
Wanita mmg suka tgk benda cantik2...
MEMANG TUGAS SUAMI CARI DUIT, ISTERI HABISKAN DUIT
Kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi...
SUAMI JGN MARAH... ISTERI BESAR JASANYA...
Tolong beranakkan anak, jaga anak2, tolong basuh baju, tolong masak, kemaskan umah dll.

Memang jawapan terbaek la ustaz ;)

p/s~wanita ni secara fitrah suka berbelanja(membeli)....pssst~perasaan ketika berbelanja best kan....saya suka perasaan itu :P tapi ence suami la tolong ingatkan mana yang PERLU & PENTING hihihi.....walaubagaimana pun,ada wanita pandai duit suami dengan sebaiknya,ada.....contoh dekat dalam hidup saya adalah : ibu & kakak saya :)

Monday, February 06, 2012

Suami Isteri perlu BERPELUKAN

Menurut pandangan dr. zubaidi,seorang doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan selatan tanahair,ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari bahawa sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Keletihan, kesibukan berkerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian adalah bukan alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita melalui sentuhan fizikal. iaitu, dengan cara berpeluk.

Pelukan adalah sentuhan yang tidak perlu diajar kerana sejak dari bayi lagi sehingga remaja,kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan,samada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan sepermainan.

Namun,setelah berumahtangga kita kadang-kala terlupa bahwa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan.

jum kita ikuti sambungan bacaan pandangan beliau ----->  http://drzubaidi.com/blog/?p=2554

Selamat membaca! ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Sebarkan bahagia~

Sebarkan  bahagia~


Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

penulis novel:FATIMAH SYARHA