Sunday, September 28, 2008

Musim - Musim Iman


Musim Panas

Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.

Musim Luruh

Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.

Musim Salju

Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.

Musim bunga

Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Mersusup suasana ketenangan.

Iman dan musim -musimnya

Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? MUsim iman manakah yang menjadi pilihan anda semua?Tepuklah dada, tanyalah iman!

Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amiiin!


"Memang iman sentiasa berubah..Umpama berubahnya musim di musim di bumi Andalusia.Namun, mari kita berusaha, untuk sentiasa 'meletakkkan' iman di musim bunga...

www.iLuvIslam.com

Saturday, September 27, 2008

Pulang Kampung Halaman

Hujan turun semasa ingin keluar dari kawasan kolej


Selamat pulang ke kampung halaman buat pengunjung blog Kembara Aisyahumaira....Hati - hati dalam perjalanan..




Semasa dalam laluan tol...


Masya Allah, jalan sesak pada masa tu..

Ahamdulillah, ba'da hantar sohibah di klang, ana selamat sampai di rumah jam 11 malam..alhamdulillah..

Wednesday, September 24, 2008

Paksaan Dalam Tarbiyyah?Perlukah?

Perjalanan ramadhan sedang menghampiri penghujungnya...Dek kerana pelbagai tanggungjawab yang wajar diselesaikan,ana belum kesempatan masa untuk menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara nawfal_timur..

Insya allah, ana sedaya menjawab sebaiknya..

Pandangan ana, tarbiyyah ni ada pelbagai cara mengikut tempat dan keadaan..konsep tarbiyyah pula mestilah menekankan amalan displin supaya kaedah tarbiyyah menjadi sesuai manakala disiplin pula,manusia mempunyai cara hidup yang teratur..

Hmm, jadi perlukah paksaan dalam tarbiyyah @ lebih dikenali pendidikan ini ye?kita wajar melihat dahulu siapa yang mentarbiyyah itu? adakah seorang guru?seorang pemimpin @ ketua?seorang ibu?seorang bapa? atau seorang pembimbing?
JAwapan ana adalah ya tetapi, ADA TAPINYA..sebab pendekatan paksaan dalam kehidupan sosial perlu juga bersama pendekatan lembut...Ini kerana, mengikut kajian, apabila perbuatan dalam paksaan yang kerap mencetuskan pemberontakkan hati yang tak diduga...bayangkan bila asik dipaksa dan si penerima tarbiyyah akan ikut dengan perasaan terpaksa kerana asik dipaksa..lama - kelamaan jiwanya memberontak dan akhirnya dia akan menunjukkan pemberontakkan secara terang -terangan...terutama bagi yang baru memasuki alam remaja..tentu sekali enggan dilayan seperti anak kecil bukan?

oleh itu, wajarlah tarbiyyah itu perlu diselit juga pendekatan lembut..mungkin 'paksaan' itu istilah yang kurang sesuai dalam pentarbiyyahan yang ini..mungkin istilah 'tegas tapi berhikmah' lebih sesuai..maksudnya, bila ada alkali, mesti campur dengan asid jadi neutral...so keras + lembut = seimbang..perlu ada kedua - duanya dalam 1 masa..kalau bapa seorang yang tegas, maka ibu mesti lemah lembut berhikmah mendidik anak - anak supaya ada keseimbangan pembinaan jati diri mereka..


Bagaimana pula dengan peraturan - peraturan yang telah digubal oleh pihak2 tertentu? ana bersetuju dengan pandangan aimankisah di mana masyarakat umum wajar memaksakan diri untuk kebaikkan bersama..Jika tiada tarbiyyah yang mempunyai unsur paksaan yang tersembunyi ni, banyaklah kemalangan jalan raya berlaku..bertambahlah bilangan pencuri..pendek kata, huru - hara lah dan tak aman nak menjalankan kehidupan..semuanya menjadi serba tak kena..semuanya jadi sakit kepala dan sakit hati..

Kalau tarbiyyah diri pula, terkadang - kadang perlu juga paksa diri untuk muhasabah diri..sebab lumrah dalam diri kita ada penyakit mim alif lam sin..M.A.L.A.S....insya allah diri sendiri terdidik dengan baik...

Memandangkan persoalan dari rakan blogger ini berbentuk umum, ana tidak pasti spesifikasi tarbiyyah yang saudara maksudkan..ana cuma boleh mengutarakan pandangan bersifat umum sahaja..

a'fwan jiddan jika ada kekhilafan dalam pandangan ana..moga - moga dijadikan renungan dan motivasi diri buat kita semua... ^_^allahumma amiiin..

Salam Ramadhan Kariiim buat sahabat semua...allahumma yubaarik fikum!!

Thursday, September 18, 2008

Pemuda & Burung Pipit

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda: Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung: Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda: Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung: Saya tahu.

Pemuda: Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung: Saya tahu wahai pemuda.


Pemuda: Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung: Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda: Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Wednesday, September 17, 2008

Wahai Hawa...

Wahai Hawa,
Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

aisyahumaira's inside : inni akhafullah..istaghfirullah al-'azim..jauhkan dari segala bentuk penzinaan..ummi wa abi,ana jaga diri ini baik2 demi nama baik keluarga dan jadi qudwah hasanah(teladan baik) pada adik2...

Wednesday, September 10, 2008

Salam Perjuangan Di Medan Imtihaan

Salam perjuangan buat kalian yang sedang berjuang....
Bittaufiq wan najah fil imtihaan!!!!! p(^_^)q

Sunday, September 07, 2008

Salam Seceria Ramadhan

Assalammulaikum wrh wbt...

Selawat kepada junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya serta sahabat - sahabat baginda..' amma ba'du..

Alhamdulillah hari ni merupakan hari ke 7 dalam bulan Ramadhan,umat islam di seluruh dunia telah menunaikan ibadah puasa selama 7 hari..alhamdulillah..

Pada aisyah, bulan Ramadhan ini merupakan 'madrasah ramadhan' yang amat berharga . 'madrasah' ini hanya datang setahun sekali sahaja.aisyah berharap aisyah dapat menghargai 'madrasah' ini dengan sebaik - baiknya.Aisyah berharap sohib-sohibah tidak mempersia - siakan peluang keemasan ini..


Amalan - amalan sunat

Sebenarnya ada banyak amalan sunat yang boleh dilakukan dalam bulan yang mulia ni..

tapi, aisyah ingin menekankan 2 amalan sunat yang mudah dilakukan tapi payah nak buat..alif pa dal ya,apa dia?apa dia 2 amalan tu erk?


1. Zikrullah


Kadang - kadang kita ingat,kadang - kadang kita lupa nak berzikir..maklumlah, zaman kini lambakan pelbagai lagu dihidangkan sebagai hiburan masa kini..apatah lagi ditambah dengan kecanggihan teknologi yang memudahkan aplikasi muat turun lagu a.k.a. download kata omputeh..aisyah tahu dan tentunya sohib - sohibah tahu bahawa mereka yang banyak zikrullah ( mengingati Allah ) adalah mereka yang mendekati Allah..

Justeru,

" Ya Allah. ya rabbuna,

masukkanlah kami semua hamba - hambaMu dalam golongan

yang sentiasa mengingatiMu dan memujiMu. Jadikanlah sahabat aisyah dan aisyah juga termasuk golongan yang diredhaiMU...amiiin..."


2. Aktiviti Pembacaan Al - Quran


Ini pun masalah yang serius kalau seminggu 1 muka surat ja qara' al - quran..Ai baca majalah buleh pula sampai belakang kulit majalah..sama - samalah kita semua mencari masa untuk melakukan aktivti pembacaan al-quran..Sempena "Madrasah Ramadhan" tahun ini, aisyah ingin mengajak sama-sama memanfaatkan bacaan Al - Quran..ala, kalau boleh study sampai lewat malam, takkan tak dapat nak luangkan masa membaca Al - Quran kan?aisyah pun sedaya upaya mencari masa untuk aktiviti yang mulia ni..

Tentu sohib - sohibah maklum di negara Timur Tengah, tadabbur Al- Quran di khalayak umum adalah sesuatu yang lumrah.. Di mana - mana tempat hatta tempat perhentian bas pun, mereka menghabiskan masa dengan membaca Al - quran..rajin mereka kan?


aisyah pun ada juga hambatan assignment, persembahan slaid, test - test yang tak sudah sudah..dan coretan analisis projek tahun akhir di kaca komputer...kesemua ni menagih perhatian persis anak kecil dari aisyah...tetapi aisyah mahu aktiviti membaca al -quran termasuk dalam senarai rutin harian....tak lupa juga, abi dan ummi selalu berpesan baca kalamullah ini walau di mana berada.....dan aisyah kagum dengan mereka yang punya banyak masa untuk al - quran,masya allah..semoga kita semua termasuk ke dalam golongan madhatillah..amiiin..


Di sini, aisyah letak lirik lagu inteam untuk renungan besama..





Kebesaran Al Qur'an

Al-qur'an panduan penunjuk jalan

Sunnah rasul penerang kegelapan

Untuk kita sampai kepada Allah

Al-quran boleh menenangkan hati

Dan melapangkan jiwa

Elok dibaca dengan adabnya dan difahami

Jika tidak bukan saja tidak dapat pahala

Berdosa pula...

Bila Al-Quran mekar di hati

Dan sunnahnya mengawal peribadi

Pasti hidup kan dirahmati

Di dunia dan akhirat

Al-quran mengandungi hikmah

Dengan keberkatannya

Sunnah rasul jadi ikutan

Jadi amalan dalam kehidupan

Tenang jiwa hidup bahagia

Itulah jaminannya




Jadi, amalan zikrullah dan membaca al -quran ini nampak seperti sukar..aisyah percaya amalan sunnah ini MAMPU membantu dalam kehidupan seharian...ada sohibah aisyah, Cik Lin juga sentiasa berpesan, kalau kita rajin mengingati Allah,Allah juga kan mengingati kita...




Thursday, September 04, 2008

Mutiara Hadith

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Barangsiapa diam, maka selamatlah dia,
Barangsiapa banyak bicaranya, maka banyak pula kesalahannya"
Barangsiapa berendah hati, ALLAh akan mengangkat darjatnya dan
Barangsiapa yang sombong, ALLAH akan merendahkan darjatnya."
(Dari hadith Mu'adh bin Jamal)

Wednesday, September 03, 2008

Doa Peroleh Ilmu bermanfaat

" Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepda-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari dua' yang tidak diperkenankan..amiiiin"

Tuesday, September 02, 2008

Cerpen Edisi Ramadhan



Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.


“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”



Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.



Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.


Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.



Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.



Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.
......................................end........................................................



Ditulis Oleh: syauqah 'asrar
Halaqah Online

Monday, September 01, 2008

Kuiz Ramadhan

1) Which Surah contains two Bismillahs?
a. Surah Nahl
b. Surah Naml
c. Surah Fateha

2) Which Surah is known as the bride of Quran?
a. Surah Nisa
b. Surah Rahman
c. Surah Talaq

3) This Surah is named after a day of a week
a. Surah Juma
b. Surah Naas
c. Surah Fajr

4) Which Surah is known as the heart of the Quran?
a. Surah Qalam
b. Surah Yaasin
c. Surah Fateha

5) Which Surah of the Quran begins with one of Allah’s Attributes?
a. Surah Rahman
b. Surah Adiyat
c. Surah Fateha

6) Which Surah in the Quran is named after a fruit?
a. Surah Taqweer
b. Surah Maryam
c. Surah Teen
aisyahumaira : Sesiapa tahu jawapannya, sila tulis dalam ruangan komentar... boleh berkongsi
jawapan bersama..syukran jazilan ^_^