Friday, December 23, 2011
Jom Baca Komik Dakwah! ^^
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakahtuh ~
Salam jumaat....
Aktivti hari ini...
Jom baca komik kartun ini :)
Bermacam-macam kisah yang menarik
Kartun yang comel-comel belaka!
Selamat Membaca! (^_^)
Friday, December 16, 2011
Monday, January 31, 2011
TeKa Teki 1
Assalammualaikummm..... lama sudah saya tak bersiaran......kali nak bawak kan kalian sume jawab teka teki plak....selamat menjawab!!!!
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
9) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
nota:
1. kini dalam kesibukan di alam realiti,maafkan saya wahai para pembaca yang budiman....
2. doakan semoga krisis mesir menjadi lebih baik untuk umat islam
3:doakan mereka yang ingin pulang,selamat ke tanahair..... :)
Wednesday, November 03, 2010
Latihan Otak!!!!
Apa yang anda bayangkan bile membaca perkataan "Latihan Otak"?
Ya,mari kita cuba!!
Sama ada anda dapat menangkap maksud latihan otak...Sila cuba!!!
1. man
---------------
board
2. stand
---------------
i
3. /r/e/a/d/i/n/g
4. he's l himself
5. ecnalag
Ingin tahu ape jawapannya????
jeng....... jeng.....jeng........
Jawapan adalah :-
1. man overboard
2. i understand
3. reading between the lines
4. he's beside himself
5. backward glance
credit thanks to : owner latihan ini..... syukran
Nota pendek : Srikandi tiada sebarang idea nak tulis panjang2....Yang lekat di otak ni berkenaan dengan brain teaser,sebabnya dah ter addict dengan benda alah ni....... :)
Saturday, October 23, 2010
SaYa NaK Beg Itu ~ GiveAway
Assalammualaikum.....
Srikandi amat berminat untuk menyertai pertandingan ini....
Ini kerana terdapat pelbagai pilihan beg yang berwarna - warni =)

Anda ingin juga menyertai pertandingan ini???
Sila klik link :)
[Tarikh tamat pertandingan ini pada 03 November 2010, 12 malam]
Jangan ketinggalan!!!!!~ ~ ~
Tuesday, October 12, 2010
~Balik Sebentar~
Hari Jumaat malam bertolak naik bas
Dari Larkin ke KS....
Sampai rumah waktu pagi Sabtu...
Srikandi mau pergi UPM,kereta pula tiada...
Maka takdapatlah Srikandi tengok sahabat2 pakai jubah konvo
di hari kalian berbahagia..
serta mahu berjumpa sahabat2 yang masih meneruskan perjuangan di UPM....
Jadi,srikandi meluangkan masa bersama keluarga yang disayangi....
Hari Ahad...
Srikandi & Mujahid menghadiri walimah sahabat srikandi di Sabak Bernam...
Jauh juga...
Tapi Srikandi suka...
sebab jauh perjalanan,luas permandangan...
Srikandi suka tengok permandangan padi menghijau....
Ah suasana kampung menenangkan.... :)
Setelah hampir 3jam,sampai lah jua...
Yang lucunya,dalam perjalanan,kami terlepas tempat walimah....
terpaksa buat pusingan - U...
^_^
Dalam perjalanan pulang dari walimah...
berdekatan dengan Tanjung Karang,
dugaan tayar kereta pancit...
Jutaan terima kasih pada mujahid,adik srikandi & kawan ayah
yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tayar kereta...
Srikandi pula jaga bintu sambil makan dan tolong2 juga....tolong tengok...hehe :D
Alhamdulillah,
selesai sudah..kami tukar kereta...
dan mendapat lampu hijau untuk pinjam kereta abang...
Akhirnya,sampai jua tempat reunion...
terletak di Taman Kajang Utama..
Hah,
bila sampai tu,ingatkan Cik Dila dah berangkat pulang....
ni Cik Ira bagitau..
rupanya nak bagi kejutan...
nasib tak pengsan & nangis kat situ....
Kak Ros pun berpakat juga...
Nakal juga kalian bertiga...
Kami mulakan sesi makan2
sambil bertanya khabar berita...
bergurau senda....
tak ubah keadaan kecoh seperti kenangan lalu....
Oleh kerana masa sudah lewat
masing-masing meminta izin pulang
pada Kak Ros selaku tuan rumah...
Dalam nak pulang tu,kelakar pula....
masing-masing macam tak mahu pulang,kerana belum puas bersembang panjang...
Sebab selepas perjumpaan ni,tidak pasti bila akan berjumpa lagi...
Srikandi & Mujahid hantar Cik Ira ke rumah terletak di Klang...
Sampai rumah Cik Ira,kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah...
Alhamdulillah selamat sampai rumah...
Justeru itu,
Srikandi merakamkan jutaan terima kasih kepada:
Puan Fatihah yang sudi menjemput ke walimah beliau...
Kak Ros yang sudi membuat jamuan makan kecil-kecilan sempena reunion....
tentu sekali kepada mujahid hatiku yang sudi jadi drebar sepanjang jaulah ni....
Jutaan maaf kepada:
sahabat2 srikandi yang berada di UPM
kerana tidak berkesempatan berjumpa...
di atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan
Insya Allah kita berjumpa jika ada kelapangan masa...
akhirul kalam,serangkap pantun daripada srikandi:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.....
Wednesday, September 29, 2010
Salam Kembali ;)
Setelah sekiannya berlabuh tirai pemergian Ramadhan
Kini,Syawal pula bakal beransur pergi....
Sepanjang tempoh tersebut,banyak perkara lazim berlaku dalam sebuah kehidupan insani...
Cuma serikandi ketandusan idea untuk mencoret sebaiknya,
ditambah sengaja membiarkan berlalu begitu saja...
Insya Allah,
Di masa akan datang,serikandi sedaya mencurahkan buah fikiran dalam blog ini...
Apa yang bermain di pemikiran serikindi tentang peranan diri sendiri terhadap institusi kekeluargaan....
Lewat bulan ini,pelbagai perkara telah berlaku dalam keluarga serikandi...
Perkara yang melibatkan harga kejujuran & kepercayaan diri terhadap keluarga...
Serikandi tak menafikan naluri insan ingin bergembira dengan cara tersendiri.
Namun,berwaspadalah...bukan berpada-pada...TETAPI BERWASPADALAH...
supaya kita tidak lalai dan leka...
Sebabnya,setiap ibubapa tentunya mahukan anaknya berjaya dalam pelajaran & kerjaya masing-masing,dunia & akhirat....
termasuklah serikandi jugak,
yang asyik lalai,leka & alpa dengan banyak perkara...
Jadi sebagai anak,bersabar & perlu ingatkan diri....
Untuk akan datang,serikandi tidak pasti akan kesibukan dengan apa...
tetapi serikandi cuba memanfaatkan masa sebaiknya dengan suami,anak,keluarga & kawan2...
Insya allah,segalanya terisi dengan baik-baiknya...
doakan.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

