Saturday, May 30, 2009

2 Kalimah Ayat Mulia....

كلماتان حبيبتان الى الرحمن

خفيفتان علي اللسان

ثقيلتان في الميزان

سبحان الله وبحمده

سبحان الله العظيم


English Translation

There are two phrases which are beloved of the Most Perciful,

Light on the tongue,

Yet heavy on the scales(of reward)

"glory be to Allah and all praise to Him"

"glory be to Allah, the Mighty"


Malay Translation

Dua kalimah yang disukai oleh Allah,

Ringan disebut oleh lidah,

Berat pada timbangan Neraca Allah,

"Mahasuci Allah dengan pujianNya",

"Mahasuci Allah dengan keagunganNya"


http://aimankisah.blogspot.com

Tuesday, March 10, 2009

Konsert Amal MANIS V


Assalammualaikum wrh wbt

Jemput hadir ke "Demensi Kesenian Islam II, Konsert amal MANIS V"

Tarikh : 21 Mac 2009

Masa : 8. 00 Malam


Tempat : DECTAR UKM

Ni contoh tiket masuk..


Ni contoh banner...


Untuk tempahan tiket, sila hubungi saudara fikry : 019-367 1003

Saturday, March 07, 2009

Bermesra, Berpahala Dan Menghapus Dosa


Kemesraan hubungan antara suami isteri tentunya merupakan dambaan setiap keluarga. Kemesraan bukan hanya ada pada ketika suami isteri melakukan hubungan seks (jima’) sahaja, akan tetapi ada banyak perkara yang dapat menjadikan hubungan suami isteri mesra dan harmoni.”

Perkara ini terkadang tidak disedari, sehingga jarang dilakukan secara sedar untuk menjaga kemesraan tersebut. Padahal bila dilakukan dengan niat yang benar akan dapat menambah kemesraan, mendapat pahala dan sekaligus dapat menghapus dosa-dosa.

Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri. Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain:

a. Bergandingan Tangan

Bergandingan tangan (saling memegang tangan) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.

Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.

Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.

Mari kita renungkan sejenak:

”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”

b. Membelai

Perkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”
HR. Abu Dawud

Perkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. Mencium

Ada cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.

Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: ”Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”

Beliau menjawab: Tanyakan kepada orang ini (maksudnya Ummu Salamah) .

Lalu (Ummu Salamah) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu.”
HR. Muslim

Dalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur Seranjang

Jika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.

Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith: Dari Aisyah RA, ujarnya: ”Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh.”
HR. Bukhari dan Muslim

Sebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut: Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh.”
HR. Bukhari

e. Mandi Bersama

Mandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri. Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata: ‘Sisakan untukku, sisakan untukku‘. Ketika itu kami sedang junub.”
HR. Bukhari dan Muslim

Di samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut: Dari Aisyah RA, ia berkata: ”Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup (kekurangan) akhlaknya.”
HR. Baihaqi

Itulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni.


Friday, February 27, 2009

Majlis Nikah & Walimah Haishah - Hairil & Aishah


Assalammua'alaikum wrh wbt..

Merisik sudah bertunang pun sudah,
Nikah dilafaz tiba masanya,
Termeterai sudah janji kasih bermadah,
Maka dijemput pembaca-pembaca blog yang dihormati ke fizyani's site untuk paparan gambar detik2 majlis akad nikah Siti Aishah Mohd Fuad dan Hairil Abu Bakar pada 27 februari 2009 dan majlis walimah urs pada 28 februari 2009




Tuesday, February 10, 2009

Jum bersenam...v(^_^)

Assalammu'alaikum wrh wbt..

Bagi sesiapa yang mengantuk, ekspeseli di waktu musim2 cejuk atau yang salu stress..sila cuba lihat senaman ringkas ni.. :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali
buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~^_^

Tuesday, January 20, 2009

PR Kampus 2008/09


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kampus (PRK) yang berlangsung semalam di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.PRK yang diadakan bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 di dua universiti berkenaan berlangsung tanpa sebarang masalah walaupun sebelum ini berlaku sedikit kekecohan pada hari penamaan calon.Menurut jurucakap Unit Perhubungan Media UM, walaupun pada hari penamaan calon berlaku sedikit kekecohan, namun pada hari membuang undi segalanya berjalan lancar.“Tiada sebarang kejadian atau kekecohan berlaku serta proses membuang undi yang diadakan di kolej kediaman dan Dewan Tunku Canselor berjalan lancar,” katanya.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan bagi PRK kali ini dengan sembilan daripadanya adalah kerusi umum.

Sementara itu, di UPM proses membuang undi berjalan seperti yang dijadualkan walaupun pada Khamis lalu wakil pelajar dari pergerakan Pro-Mahasiswa mendesak pentadbiran menangguh hari membuang undi.Ini berikutan mereka mendakwa tempoh yang diberikan untuk menjalankan kempen terlalu singkat dan pelajar dari jurusan Perubatan tidak berpeluang bertanding kerana masih bercuti.
Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sepatutnya menjalankan proses membuang undi semalam terpaksa menangguhkannya pada Khamis ini berikutan pelajar diberikan cuti mengejut Jumaat lalu kerana masalah bekalan air.Berikutan itu, proses penamaan calon diadakan semalam dan pelajar menjalankan tanggungjawab memilih ahli MPP Khamis ini.
Sebanyak 29 kerusi dipertandingkan di UIAM membabitkan lima kerusi umum dari 24 fakulti dengan proses penamaan calon bermula jam 8.30 pagi.
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PRK yang dijalankan pada 15 Januari lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada barisan pro-Aspirasi yang membolot sekurang-kurangnya 20 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abd Razak, ketika mengumumkan keputusan pilihan raya itu, berkata barisan Pro-Mahasiswa memiliki 13 kerusi dengan tiga daripadanya menang tanpa bertanding.Mengulas mengenai PRK yang dijalankan, beliau menegaskan tiada sebarang kontroversi berlaku dan proses membuang undi di UKM berjalan lancar.“Terdapat sedikit insiden kecil, namun ia tidak mengakibatkan ketidakstabilan,” katanya.Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata semua IPTA diberi kebebasan menentukan tarikh pilihan raya kampus masing-masing bagi memilih ahli MPP sesi 2008/2009 berikutan kekangan termasuk pelajar berdepan minggu peperiksaan dan apungan (ulang kaji) yang menyebabkan pemilihan itu tidak dapat dijalankan serentak.
Sebanyak 10 IPTA mengadakan pemilihan MPP sesi 2008/2009 pada Oktober hingga Disember tahun lalu, iaitu Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Darul Iman Malaysia serta Universiti Malaysia Kelantan.
aisyahumaira : huhu semester ni tak berpeluang nak undi pilihan raya kampus T_T..

Saturday, January 17, 2009

Bermula Kuliah baru....

Kuliah Lughah A'rab

"Salam.Kelas Bahasa Arab Tahap 2 akan bermula pada 17 Jan 09, dari 11 - 12.30 tengahari.Bertempat di Masjid Hasanah,BBBangi. Diharap dapat menghadirinya."

"Salam.Kelas Bahasa Arab Tahap 2 akan bermula pada 17 Jan 09, dari 11 - 12.30 tengahari.Bertempat di Masjid Hasanah,BBBangi. Sekian dimaklumkan(Ust. Nadzmi)."

"Salam.Disebabkan ana kurang sihat,demam+suara serak.tidak dapat menghadirkan diri untuk mengajar.Ust. Ibrahim dari Mesir akan menggantikan ana.Sekian dimaklumkan"

Ini antara pesanan mesej ringkasan @ SMS yang ana terima sebelum kuliah bermula.Alhamdulillah,sebelum ini ana telah meninjau tempat belajar lughah arab sebanyak yang mungkin..Di KUIS, IIUM dan sebagainya.Mungkin rezeki ana belajar lughah di Bandar Baru Bangi untuk sementara ni. Dan ana amat menghargainya.

Ekceli,ana dah terlambat masuk kuliah,nak cari masjid Hasanah punya lah payah..ana terlupa Seksyen 9 di mana..yang ana ingat masjid ni dekat dengan WARTA..puas pusing2 cari WARTA, al-maklumlah lama tak pergi WARTA.

Bila dah sampai masjid,ana tengok sunyi sepi seram ja masjid ni..tanpa membuang masa, ana buka langkah sederas semut berlari cari tempat kuliah..Tapi sebenarnya, ana tak jumpa di mana.. :D.. Jadi,ana memulakan operasi soal selidik ..malu bertanya lagi sesat jalan kan?

seorang 'ammou sedang berbual dengan rakan2nya.

ana : Assalammu'alaikum pakcik,tumpang bertanya.Di mana kuliah bahasa 'arab Tahap 2?

'ammou : Wa'alaikumussalam.Di sini. ( jarinya menunjuk pintu berdekatan sebelahnya).

ana : Terima kasih.

Dengan lafaz Bismillah, ana pulas tombol pintu dan mengucap, "Assalammu'alaikum"

"Wa'alaikummussalam" Jawab semua yang ada dalam kuliah lughah.Masya Allah, ramainya orang..ana tersenyum malu kerna tahu diri ini telah terlambat datang.huhu,lebih baik lambat dari tidak pergi langsung... :D

Seperkara lagi, ostat yang mengajar ni ostat dari Mesir.Memang happening dan riuh kuliah ni..

Manakan tidaknya,kami tak berapa afham apa yang ostat ni nak terangkan..ostat Ibrahim @ ostat Mesir ni pula tak berapa pandai cakap lughah melayu, susah juga dia nak terangkan panjang lebar..SO, ostat mesir ni ajar kami lughah 'arab, lepastu kami pulak ajar lughah melayu kat ostat ni..bila masing - masing tak afham juga, bahasa isyarat la jalan opsyen terakhir nak bagi betul2 afham kan lughah 'arab ni..penghabisannya, kami dalam kuliah ni banyak terketawa dek muka ostat yang tengah stress cari idea baru nak menjadikan pengajarannya menjadi lebih efektif agaknya...moga2 kuliah ni terus meriah sampai akhir kuliah...

Pelajaran Baru...

Hari ini 2 orang anak saudara ana yang berpipi donat nak belajar memotong bawang..

kisahnya bermula, ana ke dapur nak siapkan bahan2 memasak.tetiba, terlintas seorang budak kecil berumur setahun setengah menarik kerusi sebelah ana..Dengan segala kudrat si kecil ni, dia cuba memanjat kerusi untuk berdiri sama tinggi dengan ana..kecik2 dah pandai ukur sama tinggi eh... :D dia lihat ana tengah potong bawang merah..ana buat tak tahu ja,ana nak lihat respon dia,iman namanya.Iman mula makin dekat dengan ana.mata makin membulat untuk memastikan apa yang ana sedang buat.Dari analisis ana, dia sedang tengok macam mana bawang yang bulat ni dipotong jadi nipis dan berkeping2..ana diam lagi supaya dia kusyuk dengan 'penyembelihan' bawang merah ni..

pastu, dek lama sangat keluarlah sora comelnya, :

Iman : ngah, ni.... (jarinya tunjuk ke arah bawang)

Ana : Ni bawang.baaa waang, bawang..

Iman : wang, wang... ( memang masih pelat lagi, adeih) -matanya pandang tepat untuk mencri kepastian dari ana..ana mengangguk dan senyum.

kemudian bila sudah siap bahan, Iman mula mengusik bawang yang ana telah siap potong.Ana beri dia pisau jem supaya Iman tak ambil pisau yang ana guna.Apa lagi, Iman dengan pantas mempraktikkan apa yang telah dia lihat tadi, dan cuba potong seperti yang ana buat..macam2 la jenis gaya potongan..ish3

Tak lama kemudian, datang kakak nak menyibuk juga..kakak pun nak cuba2 potong bawang...ana cari la pisau jem dan biarkan depa dua orang ni jadi chef potong bawang yang berjaya sementara ana siapkan hidangan tengahari..bila ana nak masak, bawang yang ana potong telah berjaya dipelbagaikan rupa bentuknya oleh 2orang anak saudara yang berpipi donat ni..adieh. apapun,terima kasih2 banyak2 tolong cik2 kecik..^_^

Belajar itu suatu proses pembelajaran kehidupan realiti..

Belajar itu suatu proses memahami kejadian maknawi hidup ni..

Belajar itu suatu proses penerimaan pengetahuan..

Belajar itu suatu proses mengenali potensi diri..

Belajar itu akhirnya kita semakin kembali pada Allahu Rabbuna..

Kerna akhirnya kita akui ilmu-Nya lebih luas dari apa yang kita ketahui...

Maka, bersyukurlah atas nikmatNya!^_^