Saturday, October 23, 2010

SaYa NaK Beg Itu ~ GiveAway


Assalammualaikum.....

Srikandi amat berminat untuk menyertai pertandingan ini....
Ini kerana terdapat pelbagai pilihan beg yang berwarna - warni  =)



Anda ingin juga menyertai pertandingan ini???

Sila klik link :)

[Tarikh tamat pertandingan ini pada 03 November 2010, 12 malam]

Jangan ketinggalan!!!!!~ ~ ~

Tuesday, October 12, 2010

~Balik Sebentar~


Hari Jumaat malam bertolak naik bas
Dari Larkin ke KS....
Sampai rumah waktu pagi Sabtu...
Srikandi mau pergi UPM,kereta pula tiada...
Maka takdapatlah Srikandi tengok sahabat2 pakai jubah konvo
di hari kalian berbahagia..
serta mahu berjumpa sahabat2 yang masih meneruskan perjuangan di UPM....
Jadi,srikandi meluangkan masa bersama keluarga yang disayangi....

Hari Ahad...
Srikandi & Mujahid menghadiri walimah sahabat srikandi di Sabak Bernam...
Jauh juga...
Tapi Srikandi suka...
sebab jauh perjalanan,luas permandangan...
Srikandi suka tengok permandangan padi menghijau....
Ah suasana kampung menenangkan.... :)
Setelah hampir 3jam,sampai lah jua...
Yang lucunya,dalam perjalanan,kami terlepas tempat walimah....
terpaksa buat pusingan - U...
^_^

Dalam perjalanan pulang dari walimah...
berdekatan dengan Tanjung Karang,
dugaan tayar kereta pancit...
Jutaan terima kasih pada mujahid,adik srikandi & kawan ayah
yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tayar kereta...
Srikandi pula jaga bintu sambil makan dan tolong2 juga....tolong tengok...hehe :D

Alhamdulillah,
selesai sudah..kami tukar kereta...
dan mendapat lampu hijau untuk pinjam kereta abang...
Akhirnya,sampai jua tempat reunion...
terletak di Taman Kajang Utama..

Hah,
bila sampai tu,ingatkan Cik Dila dah berangkat pulang....
ni Cik Ira bagitau..
rupanya nak bagi kejutan...
nasib tak pengsan & nangis kat situ....
Kak Ros pun berpakat juga...
Nakal juga kalian bertiga...

Kami mulakan sesi makan2
sambil bertanya khabar berita...
bergurau senda....
tak ubah keadaan kecoh seperti kenangan lalu....

Oleh kerana masa sudah lewat
masing-masing meminta izin pulang
pada Kak Ros selaku tuan rumah...
Dalam nak pulang tu,kelakar pula....
masing-masing macam tak mahu pulang,kerana belum puas bersembang panjang...
Sebab selepas perjumpaan ni,tidak pasti bila akan berjumpa lagi...

Srikandi & Mujahid hantar Cik Ira ke rumah terletak di Klang...
Sampai rumah Cik Ira,kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah...
Alhamdulillah selamat sampai rumah...

Justeru itu,
Srikandi merakamkan jutaan terima kasih kepada:
Puan Fatihah yang sudi menjemput ke walimah beliau...
Kak Ros yang sudi membuat jamuan makan kecil-kecilan sempena reunion....
tentu sekali kepada mujahid hatiku yang sudi jadi drebar sepanjang jaulah ni....

Jutaan maaf kepada:
sahabat2 srikandi yang berada di UPM
kerana tidak berkesempatan berjumpa...
di atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan
Insya Allah kita berjumpa jika ada kelapangan masa...

akhirul kalam,serangkap pantun daripada srikandi:

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Bila ada umur yang panjang,
Insya Allah kita berjumpa lagi.....