Wednesday, September 29, 2010

Salam Kembali ;)

Setelah sekiannya berlabuh tirai pemergian Ramadhan
Kini,Syawal pula bakal beransur pergi....
Sepanjang tempoh tersebut,banyak perkara lazim berlaku dalam sebuah kehidupan insani...
Cuma serikandi ketandusan idea untuk mencoret sebaiknya,
ditambah sengaja membiarkan berlalu begitu saja...

Insya Allah,
Di masa akan datang,serikandi sedaya mencurahkan buah fikiran dalam blog ini...
Apa yang bermain di pemikiran serikindi tentang peranan diri sendiri terhadap institusi kekeluargaan....
Lewat bulan ini,pelbagai perkara telah berlaku dalam keluarga serikandi...
Perkara yang melibatkan harga kejujuran & kepercayaan diri terhadap keluarga...
Serikandi tak menafikan naluri insan ingin bergembira dengan cara tersendiri.
Namun,berwaspadalah...bukan berpada-pada...TETAPI BERWASPADALAH...
supaya kita tidak lalai dan leka...
Sebabnya,setiap ibubapa tentunya mahukan anaknya berjaya dalam pelajaran & kerjaya masing-masing,dunia & akhirat....
termasuklah serikandi jugak,
yang asyik lalai,leka & alpa dengan banyak perkara...
Jadi sebagai anak,bersabar & perlu ingatkan diri....

Untuk akan datang,serikandi tidak pasti akan kesibukan dengan apa...
tetapi serikandi cuba memanfaatkan masa sebaiknya dengan suami,anak,keluarga & kawan2...
Insya allah,segalanya terisi dengan baik-baiknya...
doakan.... :)